Cara Jumper Bateri Kereta Yang Betul & Selamat

CG Sponsors




THEnazek

Freshie
Joined
Nov 26, 2013
Messages
6
Reaction score
1
Points
8

Bateri kereta kong sebab lupa tutup lampu? Jangan risau cuba jumper dulu bateri kereta kot masih boleh diselamatkan. Apa yang anda perlukan untuk jumper bateri kereta?
- Kabel Jumper
- Kereta/Bateri yang dalam kondisi yang baik

2 Pantang larang yang anda perlu ingat :

!! Pastikan bateri penderma sama saiz / lebih besar dari bateri penerima
!! Pastikan anda jangan salah sambung terminal positif-negatif

Kesilapan menyambung terminal yang salah boleh menyebabkan litar pintas dan rosakkan ECU kereta anda! Kerugian anda boleh mencecah RIBUAN RINGGIT!

Langkah-Langkah Jumper Bateri Kereta :

(pasang)

1. Sambungkan terminal positif (merah) pada bateri penderma
2. Sambungkan terminal positif (merah) pada bateri penerima
3. Sambungkan terminal negatif (hitam) pada bateri penderma
4. Sambungkan terminal negatif (hitam) pada grounding engine penerima
5. Hidupkan enjin kereta penderma dan biarkan enjin hidup 5-15 minit
6. Hidupkan enjin kereta penerima dan biarkan enjin hidup untuk pengecasan semula

(cabut)

1. Cabut terminal negatif (hitam) kereta penerima
2. Cabut terminal negatif (hitam) kereta penderma
3. Cabut terminal positif (merah) kereta penerima
4. Cabut terminal positif (merah) kereta penderma
 
Sponsored Post

Hasmadi Hadi

Fun Poster
Joined
Jan 10, 2010
Messages
729
Reaction score
8
Points
15
pernah saya jumper dari battery motor honda wave

battery ok cuma cas dah habis..
kena tunggu lama sikit sampai boleh engine boleh pusing...

teknik ni boleh guna kalau emergency cuma kena tunggu lama sikit dan kena pastikan battery penerima tu sihat walafiat
 
Sponsored Post
Top
Log in Register