Cara Ebit Liew beri bantuan PKP tidak disenangi sesetengah netizen

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,956
Reaction score
1,698
Points
151
Dah ustaz Ebit ni Allah bagi amanah rezeki melimpah ruah sampai jutawan, mengapa tak persoalan Abang Non tak buat macam ni, kalau tak dah lama orang angkat jadi PM, tak payah sibuk nak kata ada angka lagi kat sultan.. Ternyata kemandulan akal lobai waalaauunn walaunta itu benar... :ROFLMAO:
ini menunjukkan ustaz ebit liew practice what he preached heheh
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Kita masih memerlukan lebih ramai lagi dermawan seperti Ustaz Ebit Lew kerana bilangan orang miskin yang memerlukan bantuan masih ramai di luar sana.

Rezeki kita untuk dikongsi



JOHARI YAP | | 23 November 2020


SEPANJANG hidup seorang manusia, pasti akan ada kerisauan. Antara kerisauan yang sering menghantui manusia adalah berkaitan rezeki.

Sememangnya persoalan rezeki mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia, lebih-lebih lagi ketika pandemik koronavirus (Covid-19) kini.
Antara solat sunat yang paling popular dalam kalangan umat Islam juga adalah berkaitan rezeki. Bukan salah tetapi itulah hakikatnya. Bahkan, jika kita lihat pada masyarakat yang percaya akan tok bomoh, tok pawang, pelaris, tangkal, dan sebagainya, kebanyakannya berkaitan rezeki. Ya, ada yang sanggup melakukan perkara khurafat demi rezeki mereka.

Setiap orang ada rezeki masing-masing di dunia ini sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah Hud, ayat 6 yang bermaksud, “Tidak ada satu makhluk pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
Lebih banyak kita usaha, maka dengan izin ALLAH, lebih banyak rezeki yang akan dapat sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah an-Najm, ayat 39 yang bermaksud: “Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali yang dikerjakannya.”
Bagaimanapun, kita perlu tahu setiap rezeki yang kita peroleh, ada hak dan bahagian orang lain. Ia bukannya milik kita secara mutlak. Barangkali ia juga milik ibu dan bapa kita, adik-beradik, saudara mara, orang susah dan golongan asnaf yang memerlukan. Kita perlu kongsi. Yang kita kongsi itulah yang akan kekal dan berguna di akhirat kelak.


Setiap harta yang kita miliki, pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 245 yang bermaksud, “Siapa yang memberi pinjaman pada jalan ALLAH, pinjaman yang baik (infak dan sedekah), maka ALLAH akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.
”Marilah kita sama-sama berkongsi rezeki kita dengan mereka yang memerlukan di sekeliling kita. Mungkin ada jiran tetangga yang kelaparan kerana sudah putus bekalan makanan ataupun orang sekampung yang kehabisan susu untuk diberikan kepada anak kecil sehingga perlu diganti dengan air sirap.


Usah menuding jari kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pusat zakat negeri kerana tidak membantu. Usah mengecam wakil rakyat atau penghulu kampung yang tidak sempat membantu.
Ada kalanya mereka dibantu tetapi masih tidak cukup. Anggaplah ini peluang bagi kita untuk menambah pahala.

Saya kagum dengan sikap dan cara kerja Ustaz Ebit Lew yang selalu menjadi antara orang pertama menghulurkan bantuan kepada golongan yang ditimpa musibah.
Bantuan beliau meliputi hampir setiap negeri dan golongan rakyat yang hidup dalam kesusahan.

Betapa Ustaz Ebit Lew berjaya mencetuskan gelombang kesedaran dalam kalangan anggota masyarakat bahawa masih ramai yang lebih susah daripada kita dan memerlukan pelbagai bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Kita masih memerlukan lebih ramai lagi dermawan seperti Ustaz Ebit Lew kerana bilangan orang miskin yang memerlukan bantuan masih ramai di luar sana.
Jom kongsi rezeki kita dengan mereka yang memerlukan. Sesungguhnya dalam rezeki kita, ada hak orang lain.

* Dr Johari Yap ialah Naib Presiden Macma Malaysia dan Pengerusi Macma Kelantan


 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,533
Reaction score
3,683
Points
236
Pohon doakan yer penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kl untuk dapatkan rawatan IJN dan HKL. Penginapan di Hotel Premiera KL.
Jika sesiapa memerlukan boleh hubungi 01170772380. InsyaAllah kos penginapan saya akan tanggung.
Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa dan 4 bintang.

Screenshot-3328.jpg
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,778
Reaction score
1,202
Points
201
Pohon doakan yer penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kl untuk dapatkan rawatan IJN dan HKL. Penginapan di Hotel Premiera KL.
Jika sesiapa memerlukan boleh hubungi 01170772380. InsyaAllah kos penginapan saya akan tanggung.
Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa dan 4 bintang.

View attachment 316520
Dasat.. ustaz .. npak ustaz bole jadi pengerusi zakat malaysia
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Ebit Lew

7m ·

Sayu hati bila ziarah kawasan chinese tadi. Bawa sedikit sumbangan dan duit angpow. Jumpa uncle untie yang susah-susah juga. Ramai yang duduk seorang diri. Berumur dan uzur. Sebak jer rasa bila yang uzur kebanyakannya menangis.
Pakcik makcik ramai bawa basikal jer. Basikal tua. Umur 70, 80, 90an. Tak berhenti cakap cakap terima kaseh. Tengok pakcik makcik ini teringat ayah mak sendiri. Semoga dimudahkan urusan semuanya. Sempat lawat tokong juga. Jumpa sami. Bawa sedikit sumbangan.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register