Cara Ebit Liew beri bantuan PKP tidak disenangi sesetengah netizen

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,977
Reaction score
12,077
Points
1,906
Ebit Lew

57m ·

Syukur sayu rasanya. Bila akak ni menangis sampai rumah baru dan hadiah ini. Kami pun sama-sama rasa nak menangis. Terima kaseh yer ustaz. Macam mimpi jer semua ini tak terfikir pun nak dapat macam ni. Kami sarapan di kl belum sempat makan lagi. Lepas selesai ni baru rasa nak makan.

Walau ditengah malam hujan terus kami pindahkan keluarga ini. Syukur dah lewat malam dapat hadiahkan rumah lebih selesa untuk tinggal.

Best syukur rasa dapat bagi kerusi roda baru pada adik istimewa ini. Rumah 2 tingkat. Tadi rumah buluh gelap tiada elektrik air. Dalam masa 1 jam dapat rumah, kerusi roda,peti ais, mesin basuh, katil queen, katil single 3, kipas,dan barang dapur serta duit belanja.

1 jer setelah selesai ini. Rasa puas dan sangat bersyukur. Senyuman air mata pada wajah kakak ni. Mungkin doa adik kecil ini. Doa mak ini. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah.

1603330997735.png

1603331015162.png

1603331029517.png

1603331041176.png

1603331048758.png

1603331056061.png

1603331066298.png

1603331075134.png

1603331088258.png

1603331096254.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Pendakwah Ebit Liew Mula Agih Bantuan Di Sabah

31.10.2020 - Semporna, Rombongan sukarelawan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi pendakwah Ebit Liew mula mengagihkan bantuan keperluan untuk petugas barisan hadapan di Sabah. Ketua rombongan itu Mohd Ikhsan Helzy berkata berkata hari ini mereka mengagihkan bantuan berkenaan di tiga hospital iaitu di Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

"Hari ini kami menghantar sebanyak 4,000 peralatan keperluan itu ke pantai timur Sabah termasuk set kelengkapan perlindungan diri (PPE), pelindung muka dan pelindung kasut. Kami tiba di Lahad Datu pada 2.30 pagi tadi, dan selesai mengagihkan bantuan di Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu. Kini kami meneruskan edaran bantuan ke Semporna dan Tawau," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, bantuan akan turut diagihkan di Kudat hari ini. Mohd Ikhsan berkata mereka juga tidak mengalami sebarang masalah dalam mengagihkan bantuan susulan kerjasama yang baik daripada pihak berkuasa. Semalam, pendakwah terkenal itu melalui perkongsian di Facebook rasminya meluahkan kerisauan dengan keadaan rakyat di Sabah ekoran kes COVID-19 yang tinggi selain menerima banyak mesej memohon bantuan

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1895612
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,765
Reaction score
12,193
Points
2,376
Doakan yer. Risau ramai mengadu lapar yang memerlukan bantuan makanan asas. Saya bekerjasama dengan My Jet Express menghantar bekalan keperluan asas ke Sabah untuk diagihkan. Sayu malam-malam bila baca tentang sebahagian orang Sabah. Ramai sangat mesej saya. Baca berita rasa sedih.

3biji lori Elewsmart dari warehouse elewsmart malam tadi terus ke Airport Senai. My Jet Express akan fly dari Senai ke Kota Kinabalu. Membawa 10 tan barang makanan asas. Syukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express. Terharu layanan baik sangat Chairman My Jett Tuan Hj Mohamed Yunos dan Ceo Hj Azrol Hisham.

Doakan Sabah yer. Doakan seluruh Malaysia. Doakan seluruh dunia. Jangan ada satu orang pun lapar dan tiada makan minum. Ini ujian untuk kita semua-ebitlew

 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,171
Reaction score
1,867
Points
206
Byk duit ustad ni
Ustad2 lain takmau folo ka
Ustaz Ebit Liew ni bayangan sahabat Nabi, Saidina Abdurrahman Auf yg alim agama, teres bisnes & dermawan sampai lagi sedekah lagi untung bisnes dio

ustaz2 lain mgkn tak kayo tapi deme ado sumbangan pd sudut yg lain
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Sayu sebak petang ini bila driver bas dan sekolah minta bantuan. Saya hadiahkan sedikit barang dapur untuk 250 orang driver. Saya pack dari Elewsmart tadi. Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja. Sedih rasa, Tahun 2020 cuma 6 bulan ada pendapatan. 6 bulan lagi langsung tiada pendapatan.

6 bulan nak tampung setahun. Macam mana untuk kelangsungan hidup. Ramai yang jadi grab food, food panda dan jual kueh dan berniaga kecil-kecilan. Tengah zaman hari ini nak mulakan perniagaan bukanlah senang. Ya Allah. Syarikat besar pun banyak tutup.

Tengok mereka macam abang kakak. Ayah mak kita sendiri. Tengok ramai juga kakak-kakak driver van dan bas sekolah. Kasihan mereka. Ya Allah. Ramai ucap terima kaseh. Mereka minta doa dan semangat untuk teruskan hidup. Ya Allah. Terasa macam keluarga sendiri. Ramai juga nak bergambar tadi.

Tanpa mereka. Susahnya mak ayah nak nak urus anak-anak ke sekolah. Kini semua mak ayah bekerja. Mereka memudahkan agar anak kita menjadi orang mulia dan berjaya. Kini waktu ujian mereka pula. Marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita.

Screenshot-3147.jpg


Screenshot-3148.jpg


Screenshot-3149.jpg


Screenshot-3150.jpg


Screenshot-3151.jpg
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,287
Reaction score
1,542
Points
201
menteri masih di parlimen bz pasal belanjawan... rakyat kene tunggu ye kalau nak dpt bantuan.... gitu la malaysia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register