Cara Ebit Liew beri bantuan PKP tidak disenangi sesetengah netizen

CG Sponsors




Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,875
Reaction score
1,634
Points
101
Wakil rakyat tak tolong orang perseorangan..dia tolong rakyat..ramai..contoh satu kg. Tak sempat kot nak tolong setiap org yg dlm kesusahan..
Sepatutnya mcm tu lah.

Ni nak turap jalan kene tunggu waktu pilihanraya. Kalau tak rakyat sendiri kene jadi aktivis mcm lando keluar duit sendiri turap
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,140
Reaction score
1,654
Points
206
ebit liew sedekah mcm angin kencang, mcm air mengalir

sbb yakin balasan sedekah yg Tuhan akan ganti balik berkali2 ganda boleh jadi 10x, 70x, 700x dan infiniti and beyond!

sbb tu Tuhan balas balik rezki dio murah mcm angin kencang, mcm air mengalir fuluss masyukssss

inilah dia watak Abdul Rahman Auf sahabat Nabi yg pandai bisnes sampai untung berkali2 gando walaupun dah sedekah berkali2 gando
 

jagajaga

Active Member
Joined
Jul 7, 2009
Messages
1,409
Reaction score
71
Points
40
Pergh jual murah
Tapi mesti dah ade untung tu
Kalau tak baik bagi free je
Boleh bayangkan betapa selama ni kite beli barang harga mahal
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Sayu lama termenung sedih mengenang nasib pakcik ni. Baik pakcik ni.

Ustaz,saya selalu dengar ceramah ustaz. Baru ni ustaz datang kampung saya di Pasir Putih Kelantan. Dah 3 bulan duduk dijalanan. Tidur disini. Sebelum ni kerja di Pasar dan ada tempat tinggal. Sekarang dah takde kerja sebab pkp baru ini. Saya nak cari kerja apa-apa guard ke pun takper ustaz.

Dekat kampung tiada sesiapa. Isteri dengan anak perempuan tingkatan 3 sekolah agama. Disini telefon dan barang banyak hilang ustaz. Abang nak telefon isteri. Saya terus call isteri abang ni. Isterinya sayu sebak di kampung. Saya kata suaminya tidur dijalanan. Pergi kl nak cari rezeki. Ini kali pertama saya berjumpa dengannya. Jika yang selalu dijalanan saya dah kenal muka mereka.

Masa call, pakcik tadi menangis. Isterinya kata selalu tengok saya di youtube. Ustaz ada datang pasir puteh kelantan baru ini. Ustaz tapi kami terima nasib kami begini.

Saya beri sedikit duit belanja dan hadiahkan jubah. Pakcik ni menolak beberapa kali. Cukuplah ustaz bagi nasi ayam ni jer. Saya beri juga. Saya nampak iras wajahnya orang baik. Dia minta saya doakan dia istiqamah dapat jaga amal. Syukur disini masih dapat solat ustaz.

Saya tengah fikirkan untuk bantu pakcik ini. Cari kerja untuk pakcik ini. Doakan yer buat pakcik ini. Ujian dia. Sayu dengar suara isteri dan anak di kampung-ebitlew

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,670
Reaction score
21,084
Points
1,671
Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan-ebitlew

http://instagr.am/p/CGjDO-vlC7M/
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,875
Reaction score
1,634
Points
101
Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan-ebitlew

http://instagr.am/p/CGjDO-vlC7M/
kat mana ada org susah kat situ ada ebit liew.
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,589
Reaction score
533
Points
81
nak harap wakil rakyat?

Depan orang ramai boleh la sembang prihatin... sembang masalah rakyat...

Duduk geng dia semua sembang projek ja
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Ebit Lew

15j ·



Syukur sangat petang ni dah sampai penjara penjara Seberang Perai. Kami hantar 1000 mask, face shield, PPE, tilam, cadar, dan makanan mengikut keperluan pemohonan surat kepada saya. Patutnya saya nak hantar semalam.

80 kes covid disini. Beberapa orang warden juga. Semoga cepat sembuh semuanya. Bagi saya setiap anggota petugas penjara adalah pejuang negara yang berkorban berjuang disebalik tembok. Saat masuk dalam sana tidak boleh onn hp. Keadaan pun panas jika bertugas. Udara tak macam dekat luar.

Ya Allah sembuhkanlah semua yang sakit angkatlah covid 19 dari negara kami dan seluruh dunia-ebitlew

1603330679222.png

1603330687683.png

1603330694950.png

1603330702868.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Ebit Lew

11j ·

Sayu rasa hati dah malam macam ni dari Penang ke Kedah. Sepasang suami isteri susah bersama 3 anak. Seorang oku. Tinggal rumah tiada elektrik dan tiada tandas. Macam pondok kecil sahaja. Tiada peti ais. Tiada mesin basuh. Ada satu katil single jer. Lagi sayu kerusi roda anak dah rosak. Pondok sangat kecil tapi bersih kemas jer. Tiada langsung perabot.

Comel-comel anaknya. Yang adik atas kerusi roda asyik tadah tangan jer. Gelak jer.

Rumah ini atas sumbangan orang kampung. Mereka dapat pertolongan jkm rm300 sebulan. Abang ni kerja bawa lori. Tapi gaji hari. Selalu tiada trip. Jadi tiada gaji.

Tak terfikir waktu kita tidur lena dirumah ada kipas aircond. Selesa. Ada orang tinggal begini. Hari tu jumpa rumah macam ni dekat Sabah. Kali ini dekat semenanjung pula. Allahuakbar.

Doakan walau hujan lebat malam kita usahakan cari rumah baru untuk dipindahkan. InsyaAllah saya akan bayar sewa. Doakan yer-ebitlew

1603330856110.png

1603330863938.png

1603330872543.png

1603330880613.png

1603330890099.png

1603330900017.png

1603330907570.png

1603330915558.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register