Cara Ebit Liew beri bantuan PKP tidak disenangi sesetengah netizen

CG Sponsors




apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,952
Reaction score
430
Points
91
menteri KDN nk malukn yiddin ke
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,140
Reaction score
1,654
Points
206
Abdul Rahim Hilmi Zakariya

25m ·


Saya tak boleh terima benda begini. Tak ada akal sihat yang boleh terima.

Menteri KDN buat kerja apa sampaikan sebuah jabatan kerajaan / penjawat awam terpaksa merayu bantuan NGO bagi mendapatkan keperluan ketika kuarantin?

Tahun ini, KDN mendapat RM16.9 bilion dalam Bajet 2020 - RM3.09 bilion daripadanya adalah dalam bajet pembangunan. Takkan beli tilam, beli bantal untuk warga penjara pun kena minta simpati orang luar?

Malu lah sikit. Allah tegur kerajaan ini berkali-kali. Takkan masing-masing buat tak tahu lagi? Takkan masing-masing sekadar sibuk mencatur kedudukan politik untuk menekan parti rakan kongsi?

Kalau tak boleh bekerja, berhenti. Jangan buang masa kami.

View attachment 294246
Klu x silap, jbtn krajaan klu NK mtk bantuan kena sbmt Surat ke org atasan. Pastu tunggulah berminggu2 atau berbulan2 dapek reply Surat jwpn resmi samada permohonan [email protected]

Sbb dah Tau proses ni lmbt, deme mtk bntuan ngo yg insyaAllah akan copek membantu tanpa red tape Dan tapisan yg tahape2
 

alas.meja

Fun Poster
Joined
May 31, 2018
Messages
494
Reaction score
108
Points
23
Klu x silap, jbtn krajaan klu NK mtk bantuan kena sbmt Surat ke org atasan. Pastu tunggulah berminggu2 atau berbulan2 dapek reply Surat jwpn resmi samada permohonan [email protected]

Sbb dah Tau proses ni lmbt, deme mtk bntuan ngo yg insyaAllah akan copek membantu tanpa red tape Dan tapisan yg tahape2
lambat dan belum tentu dapat ikut apa yg di minta.. byk lapisan kena lalu..

image1(1).jpeg
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Penjara alu-alukan sumbangan NGO, orang perseorangan.
#EbitLew #malaysiagazette

Penjara jelas isu bantuan Ustaz Ebit Liew

9 October 2020

ebitliew-681x469.jpg

Selepas mendengar keluhan warga penjara yang dikuarantin, Ustaz Ebit Liew segera menghantar bantuan makanan dan barangan asas di Penjara Alor Setar dan Penjara Pokok Sena, semalam.

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia berharap isu bantuan yang diterima Penjara Alor Setar dan Pokok Sena dari penceramah bebas yang juga usahawan, Ustaz Ebit Liew semalam, tidak dipolitikkan.
Menurut kenyataan Penjara Malaysia, jabatan itu sentiasa mengalu-alukan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan bagi meringankan beban kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 yang melanda institusi penjara.


“Kita mengucapkan penghargaan kepada Ustaz Ebit Liew yang tampil membantu dan memberikan sumbangan kepada pihak penjara atas semangat kesukarelaan, semalam.
“Jabatan Penjara Malaysia sangat bersyukur dan bernasib baik kerana terdapat pelbagai NGO mahupun orang perseorangan tampil menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk membantu Penjara yang terkesan dengan permasalahan itu,” kata kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penjara Malaysia kepada media, hari ini.

Jabatan itu mengulas bantuan segera yang diterima Ustaz Ebit Liew berbentuk tilam, bantal, tuala, cadar, kipas dan pelindung mula serta barangan makanan dan barang asas untuk keperluan kira-kira 200 warga Penjara Malaysia.
Ustaz Ebit melalui laman sosialnya, mengucapkan syukur dan berdoa semoga Allah selamat dan permudahkan warga Penjara Alor Setar dan Pokok Sena di Kedah yang sedang menjalani proses kuarantin.

Menurut kenyataan itu lagi, pihaknya memberikan jaminan, pengurusan penjara sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap hal ehwal kebajikan warga jabatan yang berada di bawahnya.
“Ini merupakan amalan dan kerjasama biasa dijalin antara jabatan ini bersama NGO atau individu persendirian yang tampil membantu bagi tujuan tersebut.

“Oleh demikian, pihak jabatan berharap isu ini tidak dipolitikkan bagi tujuan yang boleh memudaratkan maksud asalnya,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Doakan yer 2 lori dan 1 hilux dalam perjalanan ke Penjara Alor Setar petang ni. Semalam penjara Pokok Sena. Anggaran belanja Rm80 ribu.

Hari ini kita hantar keperluan mandi dan keperluan lain untuk 2000 orang. Sabun mandi, ubat gigi,sabun pinggan dan mee serta makanan. Semuanya barang keperluan asas saya beli di Warehouse
Elewsmart. Tilam dan bantal selesa saya beli di Fuzi Dream.

Kita semua sebuah keluarga. Semalam banyak mesej dari keluarga petugas penjara ucap terima kasih. Mereka teramat gembira dan terharu. Jabatan penjara mengucapkan terima kasih. Syukur dapat membantu.

Berjuta pengorbanan petugas disana. Ya Allah selamatkanlah sembuhkanlah mereka semua di penjara. Di seluruh Malaysia. Angkatlah covid 19 ini. Hilangkanlah terus. Satukan hati kami semua rakyat Malaysia dengan kasih sayang-ebitlew


1602238330542.png

1602238338019.png

1602238345560.png



 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,875
Reaction score
1,634
Points
101
View attachment 292643


M Daud Kilau dapat kerusi dari MB, diziarah Ebit Lew
Nadia Azam
Diterbitkan Hari ini 4:53 pm


Meskipun keadaan kesihatan M Daud Kilau semakin uzur lantaran komplikasi beberapa penyakit dihidapinya, penyanyi veteran itu bersyukur kerana berasa dirinya masih disayangi ramai.
Dia yang dikenali ramai dengan jolokan Raja Gelek itu mengulas demikian ketika ditanya berhubung bantuan yang diterima selepas kisah mengenai keadaannya menjadi tular baru-baru ini.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ada pihak yang sudi tampil menghulurkan bantuan. Terima kasih," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Menurutnya, dia terharu apabila antara pihak yang memberikan bantuan ialah Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, yang menyediakan kerusi roda elektrik.

Buat masa ini kata penyanyi berusia 82 tahun itu, dia masih belum berkesempatan untuk betul-betul memahami cara penggunaan kerusi roda elektrik berkenaan.
“Begitu ramai yang berkunjung ke rumah saya akhir-akhir ini sejak dua menjak ni, justeru belum sempat belajar bagaimana nak guna kerusi roda tu sepenuhnya,” katanya.
Pada 30 September lalu, Malaysiakini melaporkan, M Daud Kilau memohon bantuan bagi mendapatkan kerusi roda berkuasa elektrik kerana keterbatasan dirinya untuk bergerak.
Dia yang turut popular dengan lagu Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu berkata, ia juga bagi memudahkannya untuk mencari saham akhirat di surau tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Bantuan lain sedang diselaras
Penyanyi itu sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan sejak empat tahun lalu dan berdepan kesukaran untuk berdiri lama. Justeru banyak masanya dihabiskan dengan berbaring di atas katil.
Selain menderita kencing manis sejak berpuluh tahun lalu, M Daud Kilau juga menghidap masalah jantung tidak stabil, tangan dan kaki selalu kebas serta yang terkini kurang pendengaran sebelah telinganya.
“Kesihatan kurang memuaskan. Selalu pening kepala,” katanya.

View attachment 292644

Sementara itu pejabat Menteri Besar Perak mengesahkan Ahmad Faizal menyumbang kerusi roda elektrik kepada M Daud Kilau yang diserahkan melalui pejabat daerah.
Jurucakap pejabat menteri besar berkata, kerajaan negeri juga sedang menyelaraskan bantuan lain buat penyanyi terbabit.
Baru-baru ini dia juga dikunjungi personaliti Ebit Lew di kediamannya di Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak.
“Ada pelbagai sumbangan diberikan antaranya makanan dan penyaman udara,” katanya.
Ebit melalui hantarannya di Facebook turut berkongsi pengalaman menziarahi M Daud Kilau yang disifatkannya mempunyai perwatakan lemah lembut.
“Sebak sayu hati rasa baru ziarah M Daud Kilau dan isterinya di Bagan Datuk. Walau uzur dia masih senyum ceria, semangat melayan tetamu.
“Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan, saya suap (M Daud Kilau). Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz. Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya,” katanya.
Ebit liew buat wakil rakyat nampak bodoh.

Itu pun kalau mereka sedar lah
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,778
Reaction score
1,202
Points
201
Jangan politikkan bantuan Ebit Liew - Penjara Malaysia
Diterbitkan Hari ini 4:34 pm

Dikemaskini Hari ini 4:56 pm


Jabatan Penjara Malaysia berharap tidak ada mana-mana pihak mempolitikkan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh pendakwah bebas, Ebit Liew kepada Penjara Alor Setar dan Pokok Sena bagi tujuan yang boleh memudaratkan maksud asalnya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan beberapa pihak yang membidas Kementerian Dalam Negeri di media sosial berhubung kemampuan kerajaan membantu jabatan tersebut sehingga terpaksa meminta bantuan daripada pihak ketiga.


“Jabatan Penjara mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ustaz Ebit Liew yang tampil membantu dan memberikan sumbangan kepada pihak penjara atas semangat kesukarelaan.


“Jabatan Penjara sentiasa mengalu-alukan kerjasama sebegini bagi meringankan beban kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 yang melanda institusi penjara.
“Oleh demikian, pihak jabatan berharap agar isu ini tidak dipolitikkan bagi tujuan yang boleh memudaratkan maksud asalnya,” kata jabatan berkenaan.
Ia turut memberi jaminan bahawa pihak pengurusan penjara sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap hal ehwal kebajikan warga jabatan yang berada di bawahnya.
“Pihak jabatan sangat bersyukur dan bernasib baik kerana terdapat pelbagai pihak badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan yang tampil menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk untuk membantu penjara yang terkesan dengan permasalahan ini,” katanya.
Menurut jabatan penjara, sumbangan dan bantuan itu adalah amalan dan kerjasama biasa dijalin di antara pihak jabatan bersama NGO atau individu persendirian yang sering tampil membantu.
Semalam, Liew memaklumkan di Facebook bahawa dia mendapat surat daripada ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia dan Penjara Pokok Sena yang memohon bantuan buat warga penjara dan mereka yang dikuarantin di situ.


Susulan itu, pendakwa bebas itu mengusahakan sumbangan barang keperluan untuk 200 orang yang dihantar melalui lori.

Ini termasuk 200 tilam; 200 bantal, tuala dan cadar; 10 biji kipas; 2,000 keping penghadang muka (face shiled); dan barangan makanan dan barangan asas.
Liew turut mendoakan keselamatan dan kemudahan urusan buat warga Penjara Pokok Sena dan Penjara Alor Setar, serta penduduk Sabah.
“Kita semua sebuah keluarga.
“[...] Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan di sana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” katanya.
Sebelum ini, Jabatan Penjara Malaysia berkata, sejak dua hari lalu, sebanyak enam pusat tahanan merekodkan kes Covid-19, iaitu Penjara Alor Setar, Pokok Sena, Tawau, Pulau Pinang, Pusat Koreksional Kamunting dan Penjara Wanita Kajang.
Lebih 1,200 kes membabitkan tahanan, kakitangan, dan keluarga kakitnagan direkodkan di pusat tahanan.
Sebilangan besar kes di Kedah adalah dari kluster berkenaan.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,956
Reaction score
1,698
Points
151
Tak de rasa rugi plak ustad ni kluar poket dia...sy pun tak sanggup buat mcm dia..salute betul

ustad2 lain takmo ikut skali ka
Takkan tgk jaa kott
 

estidot

Fun Poster
Joined
Dec 23, 2010
Messages
236
Reaction score
24
Points
25
Ebit liew buat wakil rakyat nampak bodoh.

Itu pun kalau mereka sedar lah
Wakil rakyat tak tolong orang perseorangan..dia tolong rakyat..ramai..contoh satu kg. Tak sempat kot nak tolong setiap org yg dlm kesusahan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register