Cara Ebit Liew beri bantuan PKP tidak disenangi sesetengah netizen

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,975
Reaction score
11,103
Points
1,906
Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang. Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.

Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan. Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.

Saya jahil, tak pndai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.
Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer. Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama. Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu. Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti. Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah-ebitlew








Abdul Rani Bin Kulup Abdullah


7 jam








Abdul Rani Bin Kulup Abdullah

· 7 jam





Abdul Rani Bin Kulup Abdullah

7 jam

 
Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,148
Reaction score
1,436
Points
201
Bismillah. Belum pun sampai 24 jam keluarga ini dipindahkan ke sebuah rumah yang sewa dibayar oleh seorang yang baik hati.

Saya dimaklumkan pula oleh seorang rakan yang keluarga ini dah kembali ke tempat asal mereka pagi ini dan berkeras tidak mahu pindah.

Maka episod yang sama bakal berulang setiap tahun dan setiap kali itu jugalah akan ada pihak yang akan dipersalahkan.

Kita hanya mampu berusaha manakala Hidayah itu adalah hak mutlak Allah swt.

Rujuk ini untuk kepastian :

Credit : Tuan Syeikh Faisal Mustaffa dari Lembaga Zakat Negeri Kedah.

#hidayahmilikAllah
#kindnessmalaysia

 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,148
Reaction score
1,436
Points
201
SAMA TAK BERPINDAH...
Kes 2016, 2018 aku cover (kerja media), 2020 aku harap usaha Ustaz Ebit Lew berjaya pindahkan keluarga tu... Lama dah...

YB Halimaton Shaadiah Saad EXCO Kebajikan kita pon dah pi ziarah & bagi penjelasan panjang lebar..

BERITA BERNAMA :

Kisah 28 sekeluarga miskin tinggal serumah dapat perhatian
30 Julai 2018

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan meneliti kes berkaitan 28 orang daripada sebuah keluarga tinggal yang di dalam sebuah rumah usang di Lorong Gedebang di sini sebelum menentukan jenis bantuan yang akan diberikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Halimaton Shaadiah Saad berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengenai kes itu.

"Kes ini telah banyak kali ditularkan di laman sosial. Saya dimaklumkan bahawa keluarga ini menerima bantuan zakat sebanyak RM600 sebulan, jadi kita tidak boleh buat keputusan sekarang kerana kena tengok semua aspek dahulu.

"Mengenai rumah baharu untuk keluarga ini, kita akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Ismail Salleh.

"Mungkin kita akan beri rumah transit untuk mereka duduk sementara di Flat Seri Gemilang," katanya selepas mengadakan lawatan ke rumah tersebut bersama pihak LZNK dan JKM negeri.

Pada 25 Julai lalu, Bernama melaporkan seorang warga emas Ishak Darus, 75, tinggal bersama isterinya Jamaliah Rejab, 56, selain 10 anak, seorang menantu dan 15 cucu di rumah usang di Lorong Gedebang di sini kerana tidak mampu menyewa di tempat lain akibat kemiskinan.

Keluarga itu terpaksa duduk berhimpit-himpit di dalam rumah yang lantainya hanya beralaskan tikar getah selain dinding kayu sudah reput dimakan anai-anai dan sebahagian bumbung zinknya dari hadapan hingga ke belakang juga berkarat serta berlubang. - BERNAMA

PENJELASAN MASJID AL-IRFAN DERGA :

Assalamualaikum
Mengenai post oleh Ustaz Ebit Lew berkenaan lawatan beliau ke sebuah keluarga fakir miskin dalam kariah Masjid Al-Irfan Derga sehingga menimbulkan persoalan dan fitnah bahawa pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman Jabatan Kebajikan Masyarakat - JKM. termasuk Masjid Al-Irfan Derga mengabaikan keluarga ini.

Disini Masjid Al-Irfan Derga ingin memberi beberapa penjelasan.
1. Keluarga ini menerima bantuan bulanan berupa wang ringgit oleh pihak LZNK, JKM termasuk dari Masjid Al-Irfan Derga sendiri, jadi kenyataan bahawa mereka diabaikan oleh pihak2 berkenaan adalah tidak benar.
2. Keluarga ini juga turut ditawarkan rumah Asnaf yang lebih selesa oleh pihak LZNK namun ditolak oleh keluarga ini atas alasan yang tidak diketahui.
3. Keluarga ini sudah mendiami kawasan tersebut sejak sekian lama, walau bagaimanapun tanah yang didiami itu bukan milik mereka. Jadi ini sekaligus menyukarkan pihak LZNK dan yang berkenaan untuk membina rumah bagi keluarga ini diatas tanah tersebut.
4. Bahkan semasa PKP ini, keluarga ini turut menerima bantuan bekalan makanan dari pihak Masjid Al-Irfan Derga yang disampaikan melalui Bendahari Masjid, Tuan Haji Osman yang mewakili Tuan Imam, Ustaz Abdul Hadi .
5. Diharap agar masyarakat terutamanya tidak sewenang2 menuduh atau memberi tohmahan bahawa keluarga ini diabaikan oleh pihak yang berwajib.
6. Usaha Ustaz Ebit dalam membantu mereka yang memerlukan merupakan satu usaha yang mulia dan terpuji, walau bagaimanapun semoga Ustaz dapat berhubung dengan pihak yang berwajib untuk mendapatkan info mengenai mereka-mereka yang memerlukan ini.

 

ikhlaskanhati

Fun Poster
Joined
Jan 31, 2016
Messages
251
Reaction score
82
Points
30
bolehkah duit zakat,JKM,agensi2 kerajaan bantu terus mcm tu saja..
Tak perlu isi borang?audit ok ka?
Sepatutnya kena buat macam tu..pusat zakat dan JKM kena bagi mudah sikit nak tolong keluarga memerlukan mcm ni..tak perlu kena isi borang sana sini audit dulu pastu kena tunggu lama pulak untuk proses kelulusan. Tu pun belum tentu boleh lulus bantuan. Sepatutnya kena buat segera bagi keluarga yg memerlukan mcm ni. Bila dah bantu baru lah buat rekod audit semua tu..tengok ustaz Ebit ni dlm masa sehari je blh settle masalah keluarga ni
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
23,591
Reaction score
2,975
Points
201
Sepatutnya kena buat macam tu..pusat zakat dan JKM kena bagi mudah sikit nak tolong keluarga memerlukan mcm ni..tak perlu kena isi borang sana sini audit dulu pastu kena tunggu lama pulak untuk proses kelulusan. Tu pun belum tentu boleh lulus bantuan. Sepatutnya kena buat segera bagi keluarga yg memerlukan mcm ni. Bila dah bantu baru lah buat rekod audit semua tu..tengok ustaz Ebit ni dlm masa sehari je blh settle masalah keluarga ni
xtahu proses kerja orang, jangan cipta persepsi sehingga orang pandang serong badan2 kebajikan camtu..

ada je bantuan segera macam susu anak, beras atau duit belanja jika pemohon datang ke pusat zakat..

pernah baca dulu..

tapi utk bantuan bulanan, dah tentu kena isi borang, penilaian dll..

nasib baik bukan aku pemegang amanah zakat..

kalo aku laa, tgk ada yang mohon tu isap rokok, jangan harap aku bagi bantuan zakat, isap benda haram boleh, carij beras payah..
 

haniefmunchkien

Active Member
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,176
Reaction score
431
Points
51
bolehkah duit zakat,JKM,agensi2 kerajaan bantu terus mcm tu saja..
Tak perlu isi borang?audit ok ka?
ni penjelasan dari syeikh zakaria, ceo zakat kedah.. utk makluman tuan, sy kenal dan biasa bekerjasama dlm 1 program dengan tuan syeikh di kedah..


x perlu isi borang langsung tuan, pejabat zakat dan segala2 mcm pejabat dah pi pujuk mintak diorang pindah dengan sediakan bermacam2 rumah.. tp dia TETAP ENGGAN. perintah mahkamah suruh pindah pun dia TETAP ENGGAN..

kat atas tu ada member kita post fb tuan faisal mustaffa, utk makluman tuan, ustaz faisal adalah timbalan ceo zakat kedah dan juga member baik sy.. hasil laporan ust faisal mengatakan setelah berpindah ke rumah baru yg disediakan oleh ust ebit lew, ada ahli keluarga tersebut yg balik duduk di rumah lama..

sampai bila nak settle?
 

haniefmunchkien

Active Member
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,176
Reaction score
431
Points
51
Bismillah. Belum pun sampai 24 jam keluarga ini dipindahkan ke sebuah rumah yang sewa dibayar oleh seorang yang baik hati.

Saya dimaklumkan pula oleh seorang rakan yang keluarga ini dah kembali ke tempat asal mereka pagi ini dan berkeras tidak mahu pindah.

Maka episod yang sama bakal berulang setiap tahun dan setiap kali itu jugalah akan ada pihak yang akan dipersalahkan.

Kita hanya mampu berusaha manakala Hidayah itu adalah hak mutlak Allah swt.

Rujuk ini untuk kepastian :

Credit : Tuan Syeikh Faisal Mustaffa dari Lembaga Zakat Negeri Kedah.

#hidayahmilikAllah
#kindnessmalaysia

sampai bila mau settle?
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,411
Reaction score
441
Points
131
xtahu proses kerja orang, jangan cipta persepsi sehingga orang pandang serong badan2 kebajikan camtu..

ada je bantuan segera macam susu anak, beras atau duit belanja jika pemohon datang ke pusat zakat..

pernah baca dulu..

tapi utk bantuan bulanan, dah tentu kena isi borang, penilaian dll..

nasib baik bukan aku pemegang amanah zakat..

kalo aku laa, tgk ada yang mohon tu isap rokok, jangan harap aku bagi bantuan zakat, isap benda haram boleh, carij beras payah..

aku paham camni gak... takkan la memanjang nak kena kutuk je pusat zakat.

diorang pun ingat mati..

ada peruntukkan yang boleh bagi je bantuan..

ada peruntukkan yang kena tapis...

ni asal ada orang susah je..terus ketua kg, tok imam, pusat zakat kena hembus..

kesian la member...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register