Cara berforum yang betul dan permasalahan wujud dari sesetengah forumer

Recommended Brokers


Dann

Administrator
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,043
Reaction score
1,612
Points
101
Tujuan utama kita buka topik ini adalah untuk membincangkan dan menerangkan dengan lebih tepat bagaimana cara untuk berforum dengan cara betul dan berilmiah.

Kebelakangan ini kita sudah sedia maklum rata-rata forumer kita sudah menyimpang jauh dari cara berforum yang sebenar. Kebanyakannya tidak serius, bergurau senda & gelak ketawa, offtopic, post yang tidak sepatutnya (smilies, paste online visitors dan sebagainya). Setelah kita teliti perkara ini wujud disebabkan beberapa faktor :-

  1. Attitude diri sendiri yang masih tidak matang
  2. Hanya menganggap forum online hanyalah satu bentuk chatting biasa seperti di IRC, ym dan sebagainya.
  3. Sekumpulan forumer yang dah terbiasa berforum di sub forum Chit Chat Room berterusan menjadikan semua sub forum lain sebagainya satu bentuk chatting borak kosong. Keadaan ini lebih menjadi tidak terkawal apabila forumer baru mahupun sedia ada yang tidak terpengaruh pada asalnya telah menjadi pengikut attitude kumpulan forumer ini.

PRIHATIN
Kita prihatin terhadap perkara ini kerana antara objektif utama komuniti ini diwujudkan bukan semata-mata untuk borak kosong, tetapi untuk berkongsi ilmu pengetahuan samada dalam bidang perniagaan, MLM, pelaburan dll secara serius dimana ini adalah objektif utama komuniti ini di wujudkan.

Kita juga amat mengambil berat atas situasi ini kerana :-
  • Walaupun hampir keseluruhan forum ini berbahasa Melayu, kita ingin menunjukkan pada 'orang yang berbahasa lain' bahawa kita mampu mewujudkan komuniti berguna untuk 'pengguna berbahasa Melayu'.
  • Kita terus menerus ingin mendidik dan mengubah attitude 'typical' orang kita yang kedekut ilmu. Bila dapat ilmu sikit even ilmu itu dia dapat free, dijual pula ilmu tersebut. Perkara ini sebaliknya amat sedikit berlaku di forum komuniti online di Barat. Sesama mereka berkongsi ilmu malahan berusaha dan berusaha untuk menaikkan martabat ilmu tempat mereka. Penjualan ilmu yang telah mereka kongsi sesama mereka tidak langsung diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.
  • Kita tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan mengatakan perkara yang tidak baik pada komuniti kita memandangkan pihak tersebut ada saja jalan untuk memburukkan kita atas dasar kedengkian yang menebal.

Perlu diambil iktibar bahawa attitude berforum ini bukan hanya spesifik pada forum ini sahaja, tetapi perlu dipraktikkan di mana-mana komuniti online (khususnya berbahasa Melayu) supaya 'orang lain' tak gelakkan kita di belakang kita atas sikap kita sendiri.

Dalam topik ini kita akan kupas sama-sama dan tunjukkan berbagai contoh kesilapan yang telah dilakukan oleh forumer samada sengaja atau tidak sengaja. Jadi forumer boleh bekerjasama dengan pihak pengurusan forum sekiranya ada kecacatan di pihak kita, kita akan baiki bersama-sama.
 
Sponsored Post

kasmarol

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
9,926
Reaction score
57
Points
70
bos dh sound 2 korang pndai2 la :D
 

fine net

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,342
Reaction score
303
Points
136
ade forumer yg da terbiasa dgn bahasa2 yg diorg gune..dulu CG x teruk mcm nie..skrg je bnyk yg mcm nie..
 

apiz

Active+ Member
Joined
May 10, 2009
Messages
4,382
Reaction score
29
Points
30
hehehehe...tu la...
 

Dann

Administrator
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,043
Reaction score
1,612
Points
101
ade forumer yg da terbiasa dgn bahasa2 yg diorg gune..dulu CG x teruk mcm nie..skrg je bnyk yg mcm nie..
Bukan masalah bahasa kat sini tetapi attitude ketika berforum. Penuh dengan offtopic, gelak sana gelak sini, post langsung tidak berinfo sedangkan mereka tahu sub forum tersebut bukan Chit Chat Room
 

fine net

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 5, 2007
Messages
43,342
Reaction score
303
Points
136
mmg nmpk sgt perubahan dulu dgn skrg...aku pn kadang2 merapu jgak...tp tgk tmpt la...
 

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,447
Reaction score
265
Points
46
kemungkinan attitude yg diamalkan sewaktu menjadi chatter terbawa2 semasa berforum itu aku rasa agak benar.
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
aku pun penah buat silap kat site ni gak....

tapi memembers pun ada gak yg marah, kasi

nasihat dsb. kengkadang tue malu gak

nak ingat balik kes2 yg lampau.....

cumer kes2 yg dulu tue, jgn ulang lagi lah...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register