hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,168
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,168
- Reaction score
- 1,246
- Points
- 201
Kuala Lumpur : Pempengaruh sensasi, Caprice atau Ariz Ramli menarik perhatian ramai apabila rakaman video menyaksikan dia membawa seorang lelaki untuk memohon maaf dan bertemu isterinya, Farra Inalis di kediaman mereka.
Lelaki berbaju putih berseluar jeans yang dikenali sebagai Irfan berkenaan kemudian kelihatan dimarahi Farra serta dipaksa melutut selepas didakwa menghina anaknya Airiel Qashaf, berusia dua bulan seperti haiwan ke masjid.
"Kau umur berapa sekarang? Baru 23 tahun nak buat perangai macam sampah. Kau patut bersyukur kau jumpa Caprice. Kau patut bersyukur sebab Caprice boleh tenangkan aku sekarang.
"Kau nak minta maaf, kau ikut cara aku. Aku nak kau melutut, kau minta maaf dengan aku dan anak," kata Farra atau mesra disapa Elis yang kelihatan begitu emosi dalam video itu.
Berbanding isterinya, Caprice lebih tenang menghadapi situasi berkenaan, termasuk sanggup memberi pilihan kepada Irfan sama ada dia mahu ke balai polis atau pun ke masjid.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Caprice dan mengingatkan agar pengguna media sosial berhati-hati untuk menulis komen kurang baik terhadap anak orang lain kerana ia perkara sensitif.
"Bab anak jangan main. Semua 'parents will react like her' (Ibu bapa akan bertindak seperti perempuan itu)," komen netizen.
"Jadikan pengajaran kat budak-budak lain, jangan main sedap saja tulis bukan-bukan," ujar seorang wargamaya.
"Sedihnya sebagai ibu, bila anak-anak muda tak jaga adab dan akhlak," luah warganet.
"Baik Caprice. Siap bagi duit raya untuk mak dia," tulis seorang netizen lagi.
Sebelum ini Caprice mendedahkan beberapa tangkap layar mesej (DM) diterimanya daripada seorang pemuda yang sangat keterlaluan apabila menyamakan bayi lelakinya seperti haiwan.
Caprice bernikah dengan Farra pada November 2022 dan menimang cahaya mata sulung mereka pada Mac lalu.
Sebelum bertemu jodoh dengan Caprice, isterinya sudah memiliki seorang anak perempuan daripada perkahwinan dulu.