BTC USD 58,848.3 Gold USD 1,798.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Capello langkah kanan

wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,161
Reaction score
49
Points
70
MOSCOW - Fabio Capello tidak mengambil masa yang lama untuk membuktikan kemampuannya.

Bekas pengurus England itu membuktikan sentuhannya masih hebat apabila melakar kemenangan pertama selaku jurulatih baharu Rusia selepas menewaskan Ireland Utara 2-0 pada aksi Kumpulan F kelayakan Piala Dunia 2014 awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Lokomotiv tersebut, kedua-dua gol kemenangan Rusia dijaringkan oleh dua pemain tengah Zenit St Petersburg, Viktor Faizulin dan Roman Shirokov.

Meskipun kemenangan itu tidak boleh dianggap sebagai satu permulaan yang menyakinkan, ia merupakan era baharu buat bola sepak Rusia di bawah pimpinan jurulatih kelahiran Itali tersebut.

Begitupun, Capello berpuas hati dengan kemenangan itu terutamanya berdepan lawan yang mengamalkan corak permainan bertahan.

"Ia sentiasa menjadi satu perlawanan sukar apabila kamu menentang pasukan yang banyak bertahan," ujar beliau.

"Sudah tentu kami boleh beraksi lebih baik tetapi secara keseluruhan, saya tetap berpuas hati dengan persembahan barisan pemain pada malam ini (awal pagi semalam)."

Sementara itu, jurulatih Ireland Utara, Michael O'Neill yang tidak berpuas hati dengan corak permainan pasukannya menegaskan, Rusia tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti.

"Kami sangat kecewa dengan kekalahan ini," kata Capello lagi.

"Kami memiliki peluang untuk memperoleh keputusan yang lebih positif selepas kami dibolosi satu gol.

"Malangnya, sepakan penalti itu telah membunuh semangat kami. Rusia merupakan satu pasukan yang kuat tetapi kami tetap kecewa."

Rusia, yang kali terakhir beraksi di pentas Piala Dunia pada tahun 2002, bakal bertandang ke Israel manakala Ireland Utara dijangka memburu mata pertama di gelanggang sendiri menentang Lu- xembourg, Selasa ini. - AFP
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register