BTC USD 62,490.4 Gold USD 2,636.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CAP gesa k'jaan tak lagi benarkan kedai makan operasi 24 jam

Sponsored Post

KKM perhalusi cadangan mansuh lesen 24 jam kedai makan​

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata cadangan supaya kedai makan 24 jam dilarang beroperasi perlu dikaji secara menyeluruh dan sesi libat urus perlu diadakan bersama semua pihak. - Foto hiasan

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata cadangan supaya kedai makan 24 jam dilarang beroperasi perlu dikaji secara menyeluruh dan sesi libat urus perlu diadakan bersama semua pihak. - Foto hiasan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperhalusi cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kedai makan dilarang beroperasi 24 jam bagi membantu mengurangkan masalah kesihatan dan obesiti di negara ini.

Menteri, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya perlu mengadakan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh bagi memastikan isu dapat dikaji secara menyeluruh, dengan syor penyelesaian yang mempunyai hala tuju jelas.

"Kertas cadangan akan disediakan untuk penelitian dan tindakan seterusnya oleh KKM dan kerajaan," katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut tentang dakwaan operasi kedai makan 24 jam antara punca utama obesiti di negara, Dzulkefly berkata, ia harus dibuktikan secara empirikal melalui kajian yang objektif dan menyeluruh.

Katanya, dikhuatiri kumpulan-kumpulan tertentu seperti petugas barisan hadapan dan sebagainya yang bergantung kepada operasi kedai terbabit berdepan kesukaran jika perkhidmatan tersebut dihentikan secara pukal.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad. - Foto fail NSTP

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad. - Foto fail NSTP

Tambahnya, cadangan penutupan itu tidak dapat menjamin pengguna akan mencari alternatif lain memandangkan ada dalam kalangan mereka mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah.

Dzulkefly mengulas cadangan Presiden CAP Mohideen Abdul Kader yang menggesa lesen operasi 24 jam diberikan kepada kedai makan dimansuhkan kerana kajian menunjukkan terdapat kesan negatif akibat tabiat makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.

Mohideen berkata pihaknya sekian lama menyeru larangan kedai makan beroperasi 24 jam dengan alasan akses terhad kepada makan lewat malam akan menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.

Katanya, penyelidikan menunjukkan individu yang makan lewat malam melebihi 40% daripada keperluan tenaga harian mereka, menimbulkan faktor risiko ketara bagi obesiti.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dengan menyifatkan gesaan itu hanya sesuai dijalankan mengikut keperluan, lokasi serta gaya hidup masyarakat bagi memenuhi keperluan semua pihak.
 
Syaratkan restoran...
Lepas pkl 12...
air kosong je bleh...
Makanan bg yg tawar2 mcm duk wad kencing manis... šŸ¤£

Menarik jugak syarat ni rodong
LamaĀ² orang pun bosan nak g melepak waktu malam
 
Negara maju diorang kerja secara efficient, tak perlu sampai lewat malam.
Rakyat kita banyak yang culas, time kerja curi tulang, keluar minum, ambik anak sekolah, buat kerja lain. Nampak luaran macam kerja keras kalau diikutkan jumlah jam bekerja.
Malam pulak waktu bersosial dengan kawan2. Dah namanya bersosial mesti lah ada makan-makan.
Kilang run 2/3 syif.
Ko kerja rajin pun kalau ko punya syif malam, malam jugak ko kena datang bang.
 
Negara maju diorang kerja secara efficient, tak perlu sampai lewat malam.
Rakyat kita banyak yang culas, time kerja curi tulang, keluar minum, ambik anak sekolah, buat kerja lain. Nampak luaran macam kerja keras kalau diikutkan jumlah jam bekerja.
Malam pulak waktu bersosial dengan kawan2. Dah namanya bersosial mesti lah ada makan-makan.
Klu masa keje leh minum,
Bleh amik anak... Tu org gomen jer yg bleh wat cam tušŸ˜œ
 
Koyak ke... šŸ¤£
bukan koyak sebab ko bodoh je...

Linamarin adalah sejenis toksin semulajadi yang terkandung dalam tumbuhan pokok ubi kayu. Toksin ini akan membebaskan Hidrogen Sianida (HCN) yang boleh menghalang penggunaan oksigen di didalam sel badan lalu menyebabkan toksin kepada manusia.

Dalam kuantiti yang banyak, bahan toksin ini boleh menyebabkan masalah saraf, lumpuh dan kematian.
 
Ade org paks mkn ubi kayu ke bodoh?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register