Cap dagangan Harimau Menangis belum lulus. Mak Neelofa jangan dahului MyIPO

CG Sponsors




maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,175
Reaction score
139
Points
83
Ibu Neelofa batal permohonan cap dagang Harimau Menangis



Kuala Lumpur: Selepas dikritik ramai pihak, pemilik syarikat Noor Khan Enterprise, Noor Kartini Noor Mohamed membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama 'Harimau Menangis'.

Noor Kartini yang juga ibu selebriti terkenal Neelofa berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat.

"Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.

"Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan 'trademark' nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

"Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan," katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Noor Kartini berkata, dia tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.

"Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.

"Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama 'Harimau Menangis' bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging 'Harimau Menangis' dalam produk mereka.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama 'Harimau Menangis' masih di peringkat pemeriksaan.

"Jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

"Sehubungan itu, Noor Kartini diminta tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa jenama 'Harimau Menangis' didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau," katanya.

Mohd Roslan memaklumkan permohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lalu.


== hmetro

laaa koyak dah.. hahaha
 
Sponsored Post

HananMedispa

Freshie
Joined
Jan 13, 2021
Messages
19
Reaction score
8
Points
8
Ni marketing strategi. Modal kecil impak besar. Akan ada orang simpati dan tercari cari produk ni nanti.
Kudos.
Unorthodox method of marketing.
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,491
Reaction score
893
Points
171
makanan asal negara thailand.. masuk malaysia.. translate harimau menangis.. giler laa nak patent . senang2.. paten bahasa melayu... biar semua kena guna bahasa cina atau tamil
Tahun bila masuk malaysia tu?
Zaman saya kecik2 dulu perkataan harimau menangis dah ada di kampung semasa sembelih lembu utk kenduri,korban dan lain2.
Zaman tu RestoranTom Yam pun tak masuk Malaysia lagi. :cool:
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,697
Reaction score
580
Points
81
Sama mcm MacDonald.. same la ni
Tapi mekdi claim nama tu sbg brand

Ini nak claim jenis or nama panggilan daging

mujur dia tak claim pisang ke apa... kalau x semua dah xberpisang la kita... lopa goreng, cucur lopa... pishang betul
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,735
Reaction score
1,413
Points
201
Tapi mekdi claim nama tu sbg brand

Ini nak claim jenis or nama panggilan daging

mujur dia tak claim pisang ke apa... kalau x semua dah xberpisang la kita... lopa goreng, cucur lopa... pishang betul
bukan tu.. uh story keluarga macdonal berkenalan gan mamat tu.. lama2 mamat tu sailang keluarga macdonal.. same la ni.. mtk resepi last2 copyrite
 

emir

Active+ Member
Joined
Dec 30, 2008
Messages
4,675
Reaction score
49
Points
30
makanan asal negara thailand.. masuk malaysia.. translate harimau menangis.. giler laa nak patent . senang2.. paten bahasa melayu... biar semua kena guna bahasa cina atau tamil
sejak bila tu makanan thailand? ni istilah bahagian daging la bro hihihi


4. DAGING ‘HARIMAU MENANGIS’ (SIRLOIN)
Berdekatan dengan daging batang pinang terdapat satu lagi bahagian iaitu sirloin yang terletak di antara bahagian pinggang lembu.

Bahagian daging ini boleh dikatakan sebagai yang paling lembut dan ia turut dikenali sebagai ‘daging harimau menangis’.

Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia agak terhad dan sentiasa mendapat permintaan ramai.

Bahagian daging lembu ini amat popular di Malaysia untuk dijadikan daging bakar cicah air asam.
 

Zero_M

Active Member
Joined
Jun 2, 2011
Messages
2,157
Reaction score
4
Points
25
kalo korang nk tau.. bahagian Anu lembu la yg sebenarnya harimau menangis.. lembu punya lg besar dr rimau... menangis rimau tu..
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,463
Reaction score
273
Points
96
Dah kena kecam teruk harap batalkan jer la niat tu,xabis2 nak buat kontolbesi dorgni.
 

P_M_L

Active Member
Joined
Apr 8, 2009
Messages
2,483
Reaction score
55
Points
40
laaa koyak dah.. hahaha
dah berjaya marketing die tuan, saatu malaysia dah tau mak neelofa keluarkan produk, confirm ramai nak try..
x payah bayar iklan billboard/tv mahal hahha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register