Cap dagangan Harimau Menangis belum lulus. Mak Neelofa jangan dahului MyIPO

CG Sponsors

Sponsored Post

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,695
Reaction score
657
Points
171
makanan asal negara thailand.. masuk malaysia.. translate harimau menangis.. giler laa nak patent . senang2.. paten bahasa melayu... biar semua kena guna bahasa cina atau tamil
 
simplest_box

Active+ Member
Joined
May 21, 2012
Messages
4,900
Reaction score
109
Points
43
Bukan patent.
Trademark.
Klau patent lg la org mengamuk
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,520
Reaction score
1,097
Points
151
Hari2 mau xdk sapa pun nk claim hahaha
 
hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,428
Reaction score
188
Points
33
Ibu Neelofa batal permohonan cap dagang Harimau Menangis

Kuala Lumpur: Selepas dikritik ramai pihak, pemilik syarikat Noor Khan Enterprise, Noor Kartini Noor Mohamed membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama 'Harimau Menangis'.

Noor Kartini yang juga ibu selebriti terkenal Neelofa berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat.

"Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan terjadi dan berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.

"Saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan 'trademark' nama Harimau Menangis dengan secepat mungkin.

"Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan," katanya dalam sidang media secara maya hari ini.

Noor Kartini berkata, dia tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.

"Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT.

"Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama 'Harimau Menangis' bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.

Dakwaan usahawan itu mendapat kecaman netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging 'Harimau Menangis' dalam produk mereka.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah MyIPO Datuk Mohd Roslan Mahayudin tampil menjelaskan permohonan cap dagang bagi jenama 'Harimau Menangis' masih di peringkat pemeriksaan.

"Jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

"Sehubungan itu, Noor Kartini diminta tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa jenama 'Harimau Menangis' didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau," katanya.

Mohd Roslan memaklumkan permohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lalu.

== hmetro
 
kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,474
Reaction score
2,448
Points
206

kuat mencapab la makcik ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register