Cap dagangan Harimau Menangis belum lulus. Mak Neelofa jangan dahului MyIPO

CG Sponsors

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,525
Reaction score
1,815
Points
206
Harimau Menangis: Ini penjelasan ibu Neelofa
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM | | 13 Januari 2021

939806.jpg

Kenyataan akhbar oleh Noor Katini Enterprise pada Rabu.
A
A
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Syarikat Noor Khan Enterprise milik Noor Kartini Noor Mohamed tampil memberikan penjelasan berhubung isu permohonan cap dagangan Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, syarikat itu memaklumkan bahawa permohonan tersebut dilakukan bagi melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produknya.

“Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada pihak kami dan pengguna di luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Harimau Menangis' trending di Twitter

“Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai pembungkusan produk pihak yang kami pasarkan.

“Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, syarikat kepunyaan ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor turut memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial pada Selasa.

Pada Rabu, isu berhubung nama daging Harimau Menangis telah menjadi trending di Twitter susulan tularnya video berdurasi 37 saat memaparkan Noor Kartini sedang memasak daging berkenaan selain memberitahu pihaknya sudah mendaftar untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis.

Ekoran itu, rata-rata warga maya menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama daging Harimau Menangis dalam produk mereka.

Menerusi laman web MyIPO, paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu reka cipta sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baharu atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.

Selain itu, cap dagangan membawa maksud apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...a/Harimau-Menangis-Ini-penjelasan-ibu-Neelofa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Aidil Khalid

· 14j ·

Ada beza antara hak cipta (copyright), paten (patent), dan tanda dagang (trademark). Jangan dicampur adukkan, sebab setiap satu mempunyai prinsip undang-undang yang berbeza.

Hak cipta tidak perlu didaftarkan, sebab ia adalah perlindungan hak yang automatis. Contohnya apabila saya menulis hantaran ini, saya tidak perlu pergi daftar dengan MyiPo untuk menjadikannya hak cipta terpelihara. Sebab Akta Hak Cipta menetapkan mana-mana sahaja hasil karya — sama ada penulisan, terjemahan, lukisan, muzik, filem dan lain-lain lagi bentuk karya seni — adalah secara automatis dilindungi hak cipta, sebaik-baik sahaja ia diterbitkan.

Hal ini berbeza bagi paten, di bawah Akta Paten, ia tidak melibatkan hasil karya, sebaliknya melindungi sesuatu teknologi baharu yang dicipta. Maka seseorang pencipta / penemu teknologi baharu — sama ada telefon pintar terbaharu atau vaksin terkini — boleh mempatenkan teknologi tersebut, dan setelah dipatenkan, barulah tiada sesiapa boleh menirunya. Jika tidak dipatenkan, maka ia tidak dilindungi, dan sesiapa sahaja boleh meniru dan menjual tanpa perlu membayar royalti.

Tanda dagang (trademark) pula adalah perlindungan dalam bentuk branding di bawah Akta Tanda Dagangan. Ia boleh jadi sesuatu nama atau frasa kata unik yang ditulis dalam font tertentu, atau simbol atau logo tertentu. Tetapi untuk membolehkan sesuatu kata atau simbol itu dilindungi sebagai tanda dagang, ia tidak boleh melibatkan sesuatu kata yang umum yang telah digunakan zaman berzaman.

Kalaupun sesuatu frasa kata umum, telah didaftarkan sebagai tanda dagang, ia tidak dengan sendirinya menjadikan pemilik tanda dagang itu berhak untuk menyaman orang lain yang menggunakannya, jika orang lain yang menggunakann frasa itu telah zaman berzaman menggunakannya.
Contoh paling mudah ialah syarikat Apple telah menanda-dagangkan istilah Apple, tetapi ia cuma terpakai dalam industri teknologi, perkomputeran dan telekomunikasi sahaja. Jika misalnya ada petani di kampung menjual epal dan menamakannya sebagai Apple, dia tidak boleh disaman sebab istilah Apple itu adalah kata umum yang telah digunakan zaman berzaman bagi merujuk kepada buah. Tetapi jika ada peniaga teknologi cuba menggunakan istilah Apple bagi merujuk kepada produk teknologinya, maka dia boleh disaman.

Maka demikianlah juga dengan istilah ‘harimau menangis’. Jika pun nanti ia berjaya didaftarkan sebagai tanda dagang, dan orang lain disaman kerana menggunakannya, maka orang yang disaman itu boleh membela diri, jika dapat membuktikan bahawa harimau menangis adalah frasa umum yang telah digunakan zaman berzaman bagi merujuk kepada bahagian-bahagian tertentu daging.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Kamarul Effendi Arifin
telah menambah foto baru

5j ·

HARIMAU MENANGIS

Sebagai peniaga daging, aku sendiri baru sedar wujud istilah Harimau Menangis, ada yang kata ia bahagian Tenderloin (batang pinang no 1). Ye ke?

Kalau Tenderloin, memanglah ia bahagian paling lembut, bila kita cubit dengan jari dalam keadaan mentah pun dagingnya boleh koyak. Tapi hampir semua pelanggan aku tidak sukakannya termasuklah para peniaga satay. Sebab ia sangat tawar.

Mereka lebih suka bahagian lembut lain seperti Topside, Striploin, Rump, Knuckle. Walaupun tidak selembut Tenderloin tapi tidak setawar Tenderloin. Masak rendang pun tak hancur macam Tenderloin.

Sebenarnya ada banyak lagi bahagian yang lebih sedap dari bahagian yang aku sebutkan di atas, antaranya ialah keting kaki (shank), ramai pelanggan takut nak beli sebab sangat liat, hanya pelanggan tertentu saja tahu betapa sedapnya ia bila dimasak kari. Hanya perlu bersabar masak lama dalam pressure cooker.

Untuk masak steak pula, semua bahagian KAKI BELAKANG yang aku sebutkan tadi bukanlah yang terbaik untuk buat steak. Sebaliknya bahagian terbaik untuk steak semuanya berada di KAKI DEPAN iaitu bahagian bahu (shoulder). Dalam bahagian bahu itu ada banyak bahagian yang lembut yang sesuai dimasak steak antaranya Ribeye/Tomahawk, Flat Iron, Denver, Ranch, dan Shoulder Tender. Semua bahagian ini aku tak jual, kena tempah khas kalau nak.

Bahagian bahu dan dada juga ada bahagian yang sesuai untuk masak smoked iaitu Short Ribs dan Brisket Navel End, manakala Brisket Point End untuk buat burger.
Daging bahagian KAKI BELAKANG perlukan rempah yang sedap untuk menjadikan ia sedap. Jadi, jika anda rasa daging Harimau Menangis itu sedap, ia bukanlah kerana dagingnya, tapi kerana rempahnya.
Sebaliknya, daging bahagian KAKI DEPAN hanya letak sedikit garam dan serbuk lada putih pun dah sedap!

Tapi untuk masak steak atau smoked, daging kerbau India tak sesuai, kurang-kurang kena guna daging lembu Australia. Yang terbaik daging lembu baka Black Angus atau Wagyu.

Edited:
*Ada pula versi yang kata Harimau Menangis tu bahagian Brisket. Brisket senang dicapai harimau, jadi harimau menangis bukan sebab tak dapat capai macam Tenderloin tu, tapi sebab sedap sangat. Hah, aku pun tak pastilah mana satu versi yang betul. Yang penting, aku sampaikan kelebihan bahagian masing-masing.

1610598897271.png
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,735
Reaction score
1,413
Points
201

View attachment 330461
Mane satu tu?
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,576
Reaction score
11,791
Points
1,906
Mane satu tu?
tn GamezStar, pada Kamarul Efendi ni, setiap bahagian ada kelebihan masing masing. cuma merujuk pada pandangan lain, dia kata harimau menangis adalah kat brisket
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,735
Reaction score
1,413
Points
201
tn GamezStar, pada Kamarul Efendi ni, setiap bahagian ada kelebihan masing masing. cuma merujuk pada pandangan lain, dia kata harimau menangis adalah kat brisket
Oo ade perbezaan aa ye.. cara yg betul kasi lenmakan lembu seko kt rimau kt zoo. Lepas beberape jam tgk bahagian mana x makan.. haha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register