Cap dagangan Harimau Menangis belum lulus. Mak Neelofa jangan dahului MyIPO

CG Sponsors




notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,566
Reaction score
590
Points
126
PETALING JAYA- Ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed diminta tidak mendahului Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dalam mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan selain menjadi hak ekslusif beliau.

harimaumenangissss.jpg

Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, MyIPO menerima permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu, dan ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.

“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

“Permohonan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas isu jenama Harimau Menangis keluaran Noor Kartini menerusi syarikatnya Noor Khan Enterprise.

Ujarnya, MyIPO akan memproses permohonan beliau sepertimana biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Beliau menambah, cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain. -K! ONLINE
 
bangsa selatan panggil daging tetel. bangsa utara panggil tiger crying
sekor lembu antara 4kg ~ 7kg

Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,748
Reaction score
1,414
Points
201
myipo pon sampai jadi isu.. ape kehe ni ?
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,449
Reaction score
1,175
Points
201
menu ni dah lame wujud...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,036
Reaction score
21,129
Points
1,671
Cmne cite die eh.harimau menangis ni kn dh ramai guna nama ni tapi mak lopa pandai2 xbagi org guna sbb dah patenkan katanye sekali myipo cantas blum lulus pun
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,698
Reaction score
626
Points
116
indonesia.. apalagi mas... kasi klaim cepat




p/s: bek dia guna Lopak Menangis Lagi
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,175
Reaction score
139
Points
83
boleh ke claim tanda dagang benda yang orang ramai dah lama guna..
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,493
Reaction score
893
Points
171
sapa2 pi daftar - "neelopa anak rimau menangis" atau "daging neelopa rimau menangis" :D
terkedu nanti mak dia...
1610562129566.png
1610562145719.png
 

Muhammad_27

Super Active Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
7,914
Reaction score
86
Points
70
boleh ke claim tanda dagang benda yang orang ramai dah lama guna..
cap dagang ni simple jek nak nampak lulus or tak.. bila mana dh ada gezzete dlm kamus dewan bahasa.. confirm takkan boleh digunakan utk paten or whatever branding.. ramai dh try..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register