Info Canon Bina Satelit Benarkan Orang Ramai Mengambil Gambar Dari Orbit

CG Sponsors

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Canon ialah sebuah jenama teknologi pengimejan yang terkenal untuk siri kamera dan juga mesin pencetak mereka. Di acara CES pada tahun ini, mereka mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain, dimana mereka melancarkan sebuah laman web yang membolehkan pengguna untuk mengambil gambar daripada sebuah satelit.

Satelit tersebut, yang dinamakan CE-SAT-1 adalah sebuah satelit kecil dengan saiz sebuah tong yang dimuatkan dengan dua buah kamera, iaitu Canon EOS 5D Mark III dengan lensa teleskop 3720mm dan juga Canon PowerShot S110 untuk pengambilan gambar dengan sudut lebar.

Satelit CE-SAT-1 ini telah dibina sejak 2017, dan Canon baru sahaja mengumumkan bahawa ia kini sedang mengorbit Bumi pada jarak 600KM yang membolehkan kamera-kamera ini mengambil gambar didalam bingkai jarak 4.8KM x 3.2KM.

Orang ramai boleh melihat pemandangan daripada satelit ini, dan mengambil gambar beberapa lokasi terpilih seperti New York, Bahamas, Alaska, Dubai dan juga kilang Canon di daerah Akagi.

Menurut Canon, satelit CE-SAT-1 ini adalah sebuah eksperimentasi penggunaan satelit yang ringkas, padat dan mampu milik, dan boleh digunakan untuk tujuan pemantauan dari angkasa lepas, seperti keadaan ais di Antartika dan sebagainya.

Oleh kerana projek ini masih lagi dalam fasa ujian, gambar-gambar yang boleh diambil oleh orang ramai melalui laman web ini adalah gambar yang telahpun diambil sebelum ini oleh satelit tersebut.

Sumber asal https://redefinethelimits.us/space/cornerstone/experience
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,671
Reaction score
12,183
Points
2,376

Lepas ni mungkin banyak lagi gambar lokasi di bumi boleh tengok
 
kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
muslihat ni.
mana ada satelit.

bumi adalah pinggan.
 
tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Betul tu..mana ada satelit angkasa gaban..yg terbang sampai ke Marikh la saturn LA..amik gambar bagai2..nasib baik LA kita xde tempat pelepasan roket angkasa..kalau tak..dh tentu kita jadi spt India..jumpa planet baru..hahaha..
Satelit dilancar lari Dr orbit hilang selama 20 tahun..telah dijumpai kembali..hahaha
Kapal terbang yg hilang pun xleh jumpa..tp manusia kecil yg duk dlm tanah boleh jumpa oleh satelit..yg xtahan..mesti percaya satelit wujud..yg xjumpa kapal terbang sebab satelit cuaca je..kahkahakah
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201

belajar sampai SPM je.. tapi pengetahuan mengalahkan saintais ... klu 100 org mcm ni kat malaysia.. malaysia confirm Maju ke belakang.... ekekekekke
 
tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
belajar sampai SPM je.. tapi pengetahuan mengalahkan saintais ... klu 100 org mcm ni kat malaysia.. malaysia confirm Maju ke belakang.... ekekekekke
Punye lah besar China dan Rusia tu Dr segi teknologi..stakat satelit angkasa beribu 2 boleh dihasilkan tp nk cari MH tu pun x boleh..huhu
 
Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,520
Reaction score
1,191
Points
201
terbaik canon... harap leh lihat alam disebalik mata...
 
tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Satelit yg boleh rentas sempadan..nk tembak jatuh pun xleh..xkan xde satelit nk detek..huhu
Budak SPM xmasuk u pun boleh fikir lojik..wujud ke tak satelit ni..
Camana LA KO xleh nk fikir..
Bulan mengikut peredaran ya..kerana kuasa tuhan..apakah satelit pun mengikut peredarannya kerana kuasa manusia??hahaha..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register