BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Candy Crush untuk Windows Phone

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpeg



CANDY Crush boleh dikatakan agak popular di kalangan pemain sekitar awal tahun ini dan beberapa klon untuknya tersedia pada pelbagai platform operasi termasuk Windows Phone.

Walaupun begitu, kini pihak pembangunnya, King hadir dengan aplikasi rasmi Candy Crush untuk Windows Phone, dan boleh dimuat turun secara percuma dari Windows Phone Store.

Candy Crush membawakan permainan di mana anda perlu menyusun gula-gula sama warna dan mempunyai pelbagai jenis tahap berbeza untuk dimainkan.

Penerbitnya mengatakan Candy Crush telah sedia mempunyai ratusan tahap permainan, dan ia ditambah setiap dua minggu.

Candy Crush ditawarkan secara percuma, dan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.

Permainan ini juga turut boleh dimainkan pada peranti dengan memori 512MB RAM.
 
Gila babas windows phone.. dulu aku pakai phone ni...tak tahan tukar android..
 
orang dah tak main die baru nak install
 
Back
Top
Log in Register