Campak pistol dalam loji najis

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Air di Loji Kumbahan Najis Indah Water di Taman Koperasi Polis, Sentul di sini, terpaksa disedut bagi mengesan sepucuk pistol milik seorang anggota polis yang dibuang seorang lelaki, malam kelmarin.

Difahamkan, pistol jenis .38 milik seorang anggota polis itu dilarikan seorang lelaki dalam satu pergelutan di Kilometer 3.4 Lebuhraya Duta-Ulu Klang, malam kelmarin.


Kejadian itu berlaku jam 9 malam apabila anggota polis terbabit yang melakukan rondaan biasa menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan untuk melakukan pemeriksaan. Namun, lelaki terbabit melawan menyebabkan berlaku pergelutan hampir 10 minit sebelum suspek melarikan diri menaiki sebuah motosikal.


Lebih mengaibkan apabila lelaki terbabit turut melarikan pistol milik anggota polis terbabit dan usaha memburu suspek untuk mendapatkan semula pistol itu dilakukan serta-merta.


Menurut sumber, selepas meloloskan diri, lelaki terbabit mencampakkan pistol yang dilarikan itu ke dalam sebuah loji kumbahan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.


“Namun, selepas beberapa jam, pihak berkuasa menahan suspek di sekitar Lembah Klang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini untuk siasatan lanjut,” katanya.


Difahamkan, lelaki terbabit memberitahu lokasi sebenar pistol berkenaan dibuang.


Sumber berkata, susulan itu polis terpaksa menyedut air di loji kumbahan najis di Taman Koperasi Polis di sini untuk mendapatkan semula pistol milik anggota terbabit.


Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), mengesahkan pistol itu ditemui semula kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register