BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Camane nak beli tanah lelong?

jomjalan2

Junior Member
Messages
55
Joined
Dec 16, 2011
Messages
55
Reaction score
0
Points
6
Ada sape2 tau tak camane proses nak beli tanah lelong? Kat mana nak tengok tanah mana yang kosong, yang mana nak dilelong?
 
Kena rajin2 pegi pej tanah .. kena rajin2 pegi bank ... biasanya ada tampal kat notice board ... rajin2 berkawan dengan orang pej tanah dan orang bank...
 
Ada sape2 tau tak camane proses nak beli tanah lelong? Kat mana nak tengok tanah mana yang kosong, yang mana nak dilelong?
salam...

Proses nak beli tanah lelong adalah yg paling rumit berbanding belian rumah lelong..Pembida MESTI tgk sume sudut baik legally or site..

Masalah utama ialah nk menentukan setepat2nya lokasi or site tanah tu..dlm geran hanya ada no title dan no lot..xda alamat tanah dlm geran ye..kat site/tanah pun xda dipacak alamat cam alamat rumah kediaman..so, kena betol2 justified lokasi sebetulnya tanah trsebut..org2 di pej tanah xkn tunjuk lokasi tanah tu (melainkan ada kengkawan), so dptkan pihak yg betul utk rujuk cam org2 di JUPEM (Jab Ukur dan Pemetaan) senang kira Juruukur la..

Pasal geran, pembida kena tau apa yg trkandung dlm geran..Subjek yg normal tu cam no geran, syarat nyata, sekatan kepentingan dll tu x jd masalah cuma kena perhatikan kat bahagian bebanan (encumbrances)..cth bebanan yg ada adalah KAVEAT dan GADAIAN..tang ni yg ramai pembida terkena jika tanah tersebut dibebani bebanan kaveat tambah2 lg kaveat persendirian..biasanya owner tanah berhutang dgn penama kaveat tersebut..selagi hutangnya x selesai selagi tu la kaveat tu x ditarik balik..So, anda je la yg selesaikan hutangnya..kalau kaveat bank xda masalah, sbb bank tu la yg lelongkan tanah tersebut..kaveat yg lain2 dia x peduli..

Byk lg perkara2 yg perlu diketahui..Jgn main beli jer tanpa periksa btol2 hartanah tu..silap2 haribulan duit deposit burn..satu lg, jgn lupa cek segala outstanding cukai cam cukai pintu dan tanah..dah beli baru nak cek, silap2 tunggakan ada RM30k..kalau bank bayar xpela..

Kalau perlukan khidmat nasihat yg profesional, tuan blh hubungi pm or email kat sy..Kalau tuan jutawan nak beli tanah utk buat projek pun i/allah sy dpt bantu utk buat research iaitu drpd pembelian tanah sampai projek siap (pakej semua skali termasuk construction, marketing, loan dll)..Rumah sebijik pun boleh jer..

Tp, syarat area Lembah Klang SHJ ya..

[email protected]
 
Back
Top
Log in Register