Calon Termuda BN Untuk PRU 13

CG Sponsors




highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Usia muda bukan penghalang buat Daniel Wa
2013/04/16 - 17:44:56 PM Cetak Emel Kawan

IPOH: Usia muda bukan penghalang kepada calon baru yang bakal bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang diadakan pada 5 Mei ini.

Perkara itu diakui, calon termuda BN, Daniel Wa Wai How, 25, yang diberi kepercayaan pucuk pimpinan BN dan MCA untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Keranji.
Bekas graduan ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga pernah menjadi pembantu khas kepada bekas Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong bermula 2010 itu mengakui pemilihan berkenaan adalah sebagai satu cabaran bagi beliau.

"Saya akui terkejut dengan pemilihan itu, namun saya menganggap ia satu cabaran bagi diri saya," katanya.

Beliau yang ditemui selepas pengumuman calon BN Perak di Bangunan UMNO, di sini, semalam berkata pengalaman bergelar 'sidekick' (orang kuat) kepada Chee Leong memberi kelebihan kepadanya untuk terus berbakti kepada pengundi di kawasan itu.

"Saya berjanji akan menggunakan pengalaman sepanjang tiga tahun bersama Datuk (Chee Leong) untuk berbakti kepada rakyat di Keranji.

"Ketika bekerja di bawah Chee Leong, saya membantu penduduk di kawasan itu menyelesaikan banyak perkara termasuk berkaitan hak milikan tanah terutama di Kawasan Perindustrian Wah Loong dan Aston Settlement," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda MCA Bahagian Kampar.

Katanya, beliau mahu pengundi di Keranji akan menyokongnya pada PRU-13 ini bagi membantu membangunkan kawasan itu yang selama ini terbantut di bawah pimpinan DAP.
 
Sponsored Post

dhaniel

Active+ Member
Joined
Jun 27, 2012
Messages
2,688
Reaction score
3
Points
35
tak matang lagi nie...hancur la MCA
 

Zul.H

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2007
Messages
2,754
Reaction score
21
Points
25
Muda sangat nie..tk sesuai..pengalaman budak2 lagi nih..kalau umur 30 an ke atas baru ok sikit

macam khairi jalaluddin atau rafizi ramli...matang sikit


mgkn bapaknya kuat pengaruh kot
 

afifdaud

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 28, 2010
Messages
32,518
Reaction score
237
Points
123
sebaya adik aku je

:p
 

rochie

Active Member
Joined
Oct 27, 2011
Messages
1,539
Reaction score
0
Points
20
takde masalah pun dari segi umur.... umur tidak melambangkan kebolehan dan kebijaksanaan.....
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,010
Reaction score
208
Points
133
Berudu baru ni, tunggu la dulu sampai jadi katak, baru jadi calon!
 

Dzoolhelmi™

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 8, 2008
Messages
10,486
Reaction score
163
Points
133
orang melayu tak percaya kt calon muda

yg muda awal lagi kena pancung

mcm mana nak naik #:-S
 

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,345
Reaction score
56
Points
120
muda sgt bohh..enjoy pun x habis lg tuh..haha rosak2
 

aqu_fadhil

Super Active Member
Joined
Jun 10, 2011
Messages
7,302
Reaction score
37
Points
70
Tahniah umno... Nanti buat keluar porrrno banyak2 siar tv3...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register