BTC USD 28,491.7 Gold USD 1,967.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Calon SPM tertusuk tanduk kerbau

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Khair bertanyakan sesuatu kepada Norhakim ketika melawatnya di HRPB.
< 1 / 1 >
IPOH - Gara-gara terlanggar kerbau dua minggu lalu, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Norhakim Najmi Norhashimi, 17 terpaksa mengambil peperiksaan tersebut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Norhakim, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muhamad Shah, Parit tidak menyangka kemalangan yang berlaku pada 21 Oktober lalu adalah kenangan pahit buatnya apabila dadanya tertusuk tanduk kerbau dalam insiden berkenaan.

Katanya, kemalangan itu berlaku lebih kurang jam 10 malam di Jalan Changkat Parah, Parit ketika dia pulang dari mengambil rakannya.

“Waktu itu hujan dan keadaan gelap, saya tidak nampak ada dua kerbau melintas jalan yang saya lalui. Saya tidak sempat memperlahankan motosikal lalu melanggar kerbau tersebut.

“Dada saya tertusuk tanduk kerbau dan kemudian terpelanting ke atas jalan. Ketika itu saya masih sedar kemudian dada saya sakit dan tidak boleh bernafas,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof di HRPB, semalam.

Menurutnya, rakan yang memboncengnya tidak mengalami sebarang kecederaan bertindak menahan kenderaan yang melalui kawasan itu untuk membantu membawanya ke hospital.

Beliau yang dibawa ke Hospital Manjung untuk mendapatkan rawatan segera kemudian dipindahkan ke HRPB untuk menjalani pembedahan di dada.

Katanya, kejadian dua minggu lalu sangat terkesan kepadanya yang pertama kali terlibat dalam kemalangan bagaimanapun, bersyukur kerana memakai topi keledar ketika kemalangan tersebut.

“Nasib baik saya pakai topi keledar, jika tidak tentu kecederaan ini lebih parah. Luka di dada saya masih sakit dan mungkin mengambil masa yang lama untuk sembuh,” katanya.

Ketika ditanya tentang hari pertama peperiksaan, beliau agak kecewa tidak mampu fokus kerana melakukan peperiksaan dalam keadaan sakit dan kurang bertenaga.

“Saya jawab kertas tadi biasa-biasa sahaja kerana pening dan rasa loya. Saya cuba jawab sebaik mungkin dan cuba menghabiskan kertas berkenaan.

“Saya bercadang untuk mengambil semula SPM tahun hadapan dalam keadaan sihat. Mungkin saya rugi kerana ketinggalan satu tahun tetapi demi masa depan saya akan berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register