Calon Pas akan bertanding pilihan raya kecil

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PENANTI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan memberi sokongan padu kepada mana-mana calon PAS yang dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari.

Anwar, yang juga penasihat PKR, berkata Kuala Terengganu bukan merupakan kerusi yang selamat bagi mana-mana parti dan Pakatan Rakyat akan berusaha keras untuk memenangi kerusi itu.

“PKR dan DAP sudah memutuskan untuk memberikan komitmen penuh kepada calon PAS sama ada Mohammad Sabu yang amat berpengalaman atau calon lain yang dipilih untuk bertanding di Kuala Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan harijadi ke-56 isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Yayasan Aman di sini hari ini.

Katanya Pakatan Rakyat yakin dapat memenangi kerusi itu yang kosong selepas penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain badminton pada 28 November.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun ini, Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi mengalahkan jaguh PAS Mat Sabu dan calon Bebas Maimun Yusuf, 89, dalam pertandingan tiga penjuru.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu juga menggesa kerajaan persekutuan menubuhkan panel pakar bebas untuk mengkaji punca kejadian Highland Towers yang runtuh pada 1993 dan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada Sabtu lepas. - Bernama

Mat Sabu boleh menang ker? Rasanya kat sana kena guna calon anak tempatan.
 
Sponsored Post

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
kpercayaan rakyat tempatan pd BN kurang stabil kt sana..
% utk menang 50/50..
tgk pd kkuatan semasa kempen nnt..
UMNO akan tabur byk kt situ utk menang..
 

MOD jr.

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 29, 2008
Messages
23,582
Reaction score
134
Points
133
yup..nak menang sini kena guna calon tempatan la.............hurm...takkan pas takde baka baik kot kat sini
 

puyong

Super Active Member
Joined
Jan 29, 2007
Messages
6,474
Reaction score
15
Points
65
InsyaAllah Mat Sabu leh menang..Mat Sabu kalah dgn majoriti sikit je..itu pun da dikacau oleh nenek glamour waktu tu..
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
kali ni nenek tu bertanding lgkan..
byk gak duit dia..
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
aku rasa nenek tu bakal menang ar...

menanggung kekalahan buat kali kedua..

hehehe
 

syah99

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
62
Points
70
abg Mat Sabu ok,
tp aku rasa dia tak boleh menang kat sana.

cari calon tempatan baru peluang utk menang besar.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register