Caj Rawatan Di Hospital Swasta - Munasabah atau Mencekik?

CG Sponsors




logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,913
Reaction score
521
Points
121
Adakah anda rasa caj rawatan di Hospital Swasta berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan?

Ceritakan pengalaman anda sekiranya pernah berurusan dgn mana2 Hospital Swasta.



Siasat Bil Ubat
Oleh Sophia Ahmad

2010/11/23

Kementerian teliti caj tidak munasabah hospital swasta

KUALA LUMPUR: Sebilangan hospital swasta dikesan memberi ubat serta produk kesihatan tambahan yang kadang-kala tidak diperlukan pesakit dan harga yang dikenakan pula terlalu tinggi.

Ini adalah antara perkara yang diteliti Kementerian Kesihatan dalam kajian semula terhadap kos perubatan di hospital swasta yang dikatakan melampau dan tidak munasabah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kementerian akan memastikan ubat yang diberi kepada pesakit lebih tepat dan mempunyai kaitan terus dengan penyakit yang dihidapi.

Kita akan lihat dari segi ubat-ubatan yang diguna dan diberikan kepada pesakit. Ada kalanya harga yang dikenakan terlalu tinggi dan kadang-kadang mereka diberi ubat yang tidak perlu, katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Perubatan iHEAL di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mengenai kegagalan ramai individu menjelaskan hutang kad kredit dan pinjaman bank yang digunakan untuk membiayai kos perubatan hospital swasta yang terlalu tinggi.

Berita Harian kelmarin memetik Ketua Eksekutif AKPK, Mohamed Akwal Sultan, sebagai berkata sehingga Oktober lalu 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit yang dirujuk kepada agensi itu membabitkan perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Liow berkata, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, sudah diarah mengadakan segera perbincangan menyeluruh dengan semua pemilik hospital swasta negara ini berhubung kos perubatan yang dikatakan terlalu tinggi.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius perkara itu dan kajian semula yang dilakukan turut membabitkan yuran doktor serta perubatan hospital swasta bagi memastikan ia lebih efisien dan munasabah.

Kita jangkakan kajian mengenai yuran doktor itu akan disiapkan menjelang akhir tahun ini, manakala kajian ke atas yuran perubatan hospital swasta sedang dilaksanakan, katanya.

Liow berkata, peningkatan kos perubatan berlaku pada kadar 12 peratus setiap tahun dan kebanyakannya disumbangkan oleh faktor penjagaan pesakit di dalam wad.

Oleh kerana itu kerajaan menggalakkan rakyat mengambil serius langkah penjagaan kesihatan dengan memberi tumpuan kepada aspek pencegahan. Lebih banyak pengetahuan kesihatan yang kita peroleh, lebih banyak penyakit yang boleh dicegah sekali gus mengurangkan kos perubatan, katanya.

Liow juga berkata, dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sejumlah peruntukan disediakan untuk membina enam pusat penjagaan harian khusus untuk menjaga pesakit di waktu siang dalam beberapa bidang perubatan.

Pusat ini boleh membantu mengurangkan kos perubatan di hospital kerana biaya yang perlu dikeluarkan untuk tujuan ini sangat tinggi. Dengan adanya pusat ini, ia banyak membantu meringankan beban pesakit dan keluarga mereka, katanya.

Beliau berkata, sehingga kini kementerian menerima 51 permohonan untuk membuka pusat seumpama itu di seluruh negara, manakala 31 pusat sudah memulakan operasi membabitkan kepakaran dalam bidang optalmologi, perbidanan dan sakit puan, endoskopi, pembedahan plastik, radioterapi dan onkologi, radiologi, perubatan sukan dan pergigian.

Semua pusat ini tertakluk di bawah Peraturan Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan Swasta 2006 dan pesakit perlu segera dihantar ke hospital jika berlaku kes kecemasan yang memerlukan pengawasan rapi doktor, katanya.


Lain2 artikel:
Rintihan Pesakit
Parah Bil Hospital
Caj Rawatan Tidak Munasabah
Doktor Kena Caj Mahal
 
Last edited:
Sponsored Post

silverchair959

Legendary Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
17,935
Reaction score
89
Points
125
bila tau bleh claim insurans makin tak berpatutan jadinya huhuhuhu
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,913
Reaction score
521
Points
121
Dalam masa yg sama syarikat2 insuran jadikan isu kos rawatan hospital yg mahal sebagai modal. Nak tak nak kena la jugak beli insuran.
 

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
semuanya berkait rapat.. isu layanan hospital kerajaan adalah antara penyebab kenapa ramai yg pilih hosp swasta :(( :((
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
bg ak~
berpatutan~
sbb?
service~
 

danx

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2010
Messages
5,709
Reaction score
5
Points
65
baru tau... nasib baik IJN gomen xjual dulu..#:-S
kalu jual org kita mati kt tangga IJN je la jwbnye #-o
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,913
Reaction score
521
Points
121
Last week aku ke PUSRAWI bawa wife aku buat check-up. Terkejut parking fee RM8 utk parking selama 3 jam lebih sikit. Hebat betul parking fee setanding parking dlm KLCC.
 

oldskoolrocka

Legendary Member
Joined
Apr 14, 2008
Messages
18,293
Reaction score
510
Points
161
gaji doctor swasta ade yg cecah 150k sebln..hehe
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,268
Reaction score
526
Points
176
semuanya berkait rapat.. isu layanan hospital kerajaan adalah antara penyebab kenapa ramai yg pilih hosp swasta :(( :((
haritu ada pergaduhan di hospital serdang. Anak pada sorang pakcik ni dah tak tahan sakit...muka dah biru habis tapi nurse tetap tak bagi jumpe doktor sebab kene ikut angka giliran. Punya la mengamuk bapak budak tu sampai kecoh jugak la masa tu, last2 ada doktor bawak budak tu terus untuk check up
 
Sponsored Post
Top
Log in Register