BTC USD 49,153.8 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Caj Lapangan Terbang Perlu Kekal Rendah Buat Masa Ini

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
GENEVA, 16 Dis (Bernama) -- Apa jua jenis caj lapangan terbang, ia perlulah kekal rendah ataupun dibekukan buat masa ini, kerana industri penerbangan masih berada dalam suasana muram, kata pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bagi caj lapangan terbang dan industri serta percukaian, Jeff Poole.

"Kami percaya keputusan positif yang dicapai setakat ini, jauh lebih sukar untuk diulangi dalam 2010, kerana penyedia perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan terus mengalami tekanan akibat kekurangan lalu lintas meskipun keadaan bertambah baik sekarang.

"Penyedia-penyedia perkhidmatan ini menghadapi tekanan untuk meningkatkan kedudukan kewangan masing-masing dengan menaikkan caj," kata beliau.

Beliau berkata pemulihan ekonomi, walau perlahan sekalipun, mungkin mencetuskan tanggapan bahawa caj boleh dinaikkan bila keadaan bertambah baik.

"Bagaimanapun, industri penerbangan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Jadi kekalkan caj pada paras semasa untuk seketika dan naikkan hanya bila trafik kembali normal.

"Terdapat ancaman kemungkinan kerajaan berusaha untuk mengisi tabungnya dengan mengenakan cukai-cukai baharu sama ada dari aspek alam sekitar atau lain-lain," katanya pada Hari Media Global IATA di sini Selasa.

Lapangan terbang Malaysia adalah antara yang menerima pujian kerana menurunkan caj pengguna sebanyak 50 peratus.

Lapangan terbang lain yang menerima pujian serupa ialah Lapangan Terbang Changi Singapura kerana penurunan caj sebanyak 25 peratus, Lapangan Terbang Pearson Toronto kerana diskaun 10 peratus serta Lapangan Terbang Copenhagen dan Aeroports de Paris, kerana bersetuju membekukan caj pada 2010.

Bagaimanapun, India menaikkan caj lapangan terbang sebanyak AS$587 juta manakala negara-negara Eurocontrol menaikkan kos pada kadar unit bersamaan AS$360 juta.

Sementara itu, Dubai menaikkan fi penumpang sebanyak AS$227 juta dan Heathrow menaikkan cajnya sebanyak AS$161 juta, manakala Afrika Selatan bercadang menaikkan caj sebanyak 133 peratus bagi 2010 dan 2011 menjelang kejohanan Piala Dunia FIFA.
 
Top
Log in Register