CAJ KELUAR & MASUK BRUNEI: Perlu Penyelesaian 'Menang-Menang'

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,512
Reaction score
11,442
Points
2,376
CAJ KELUAR & MASUK BRUNEI | Perlu Penyelesaian 'Menang-Menang'

Kerajaan negeri Sarawak akan berhubung dengan Kementerian Pengangkutan dalam mencari pendekatan 'menang-menang' bagi isu caj keluar dan masuk ke Brunei.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri menghormati keputusan Brunei dalam isu berkenaan namun perlu mencari jalan membantu rakyat negeri itu yang sering berulang alik ke negara berkenaan.

 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
21,766
Reaction score
1,988
Points
201
Brunei kuat kuasa caj keluar masuk bermula 1 Ogos ini

1594266569082386-0.jpg



BRUNEI: Kerajaan Brunei akan mengenakan perintah bayaran keluar dan masuk ke negara itu berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei memberitahu, perintah ini memberi kuasa kepada Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk mengenakan caj ke atas setiap orang yang akan keluar dari atau masuk ke Negara ini melalui pos-pos kawalan darat.

“Bayaran yang dikenakan sebanyak BND3.00 seorang bagi setiap satu hala perjalanan. Sebagai contoh, bagi perjalanan ulang alik ke Miri, Sarawak akan dikenakan BND6.00 setiap orang.”

“Objektif utama pelaksanaan caj ini adalah untuk menyelaraskan bayaran dan caj-caj yang telah dikenakan dan berjalan pada masa ini kepada orang ramai yang keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui udara dan laut,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, caj Tol Jambatan Rasau, Kuala Belait akan dimansuhkan bermula dari tarikh yang dinyatakan di atas.

Caj ini akan dikenakan kepada semua warganegara termasuk warganegara Brunei Darussalam yang hendak keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat sama ada menggunakan kenderaan ataupun berjalan kaki.

Caj Perkhidmatan ini adalah dikecualikan bagi kategori-kategori seperti berikut:

5.1 Orang-orang yang di dalam:
● Kenderaan yang dimiliki oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Luar Negara bagi tujuan rasmi;
● Kenderaan yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Negara Brunei Darussalam;
● Kenderaan yang digunakan bagi tujuan bantuan kebakaran, ambulan dan polis; dan
● Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengebumian.

5.2 Pegawai-pegawai Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjalankan tugas-tugas rasmi bagi pihak Kerajaan;

5.3 Kanak-kanak berumur dua (2) tahun dan ke bawah;

5.4 Pegawai dan kakitangan consular yang dinyatakan di dalam Article 1 in the First Schedule to the Consular Relations Act (Chapter 118) dan ahli keluarganya; dan

5.5 Ejen diplomatik yang dinyatakan di dalam Schedule to the Diplomatic Priveleges (Vienna Convention) Act (Chapter 117).

Mereka yang berhasrat untuk membuat perjalanan keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat hendaklah mendaftar dan menghadapkan permohonan melalui Exit and Entry System (EES), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang boleh di-akses melalui https://login.bdnsw.gov.bn/ees

whatsappimage2020-07-09at23556pm.jpeg


 
Sponsored Post
Top
Log in Register