Caj 20 sen jika guna beg plastik hari Sabtu

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
SHAH ALAM – Kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang dilancarkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna, Pelancongan dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, 20 Disember lalu, dijangka akan mula dilaksanakan 9 Januari ini.

Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri dalam kenyataan medianya memaklumkan, pelancaran kempen itu adalah salah satu usaha bagi membendung masalah pencemaran yang semakin berleluasa.

Kempen itu yang akan berkuat kuasa setiap hari Sabtu, menggalakkan pengguna membawa beg dari rumah kerana beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna sewaktu membeli belah.

Tindakan mengenakan bayaran sebanyak 20 sen bagi setiap penggunaan beg plastik pula diharap akan dapat menggalakkan pengurangan penggunaan beg plastik di negeri ini, dan hasil daripada bayaran akan disalurkan kepada tabung kebajikan yang tertakluk kepada tanggungjawab sosial setiap syarikat yang terlibat.

Sehingga kini terdapat 14 syarikat besar yang menyertai kempen itu, antaranya adalah AEON Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons dan Pasaraya iaitu Sunway Pyramid dan One-Utama.

Elizabeth berharap agar pengguna dapat memberi kerjasama dalam kempen yang dijangka akan dijalankan selama enam bulan bagi memelihara alam sekitar demi kesejahteraan bersama.
 
Sponsored Post

lelakigila

Active+ Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
2,543
Reaction score
24
Points
35
Ini saya sokong.... :)
kdg2 nak beli roti gardenia tu, kedai bagi lagi plastik.
kan dah ada plastik tu.... :D
 

jibam

Fun Poster
Joined
Aug 6, 2008
Messages
937
Reaction score
10
Points
30
aku penah pi korea.. kalau nak plastik kena beli.. kalau kotak free.. jadik kalau shooping komplek x mau bg plastik tulun sediakn kotak recycle kat tempat nak pembayaran..
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
aku tak sokong bayaran dikenakan. jgn shopping hari sabtu.
 

fizzy86

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 14, 2009
Messages
7,376
Reaction score
37
Points
70
kat png dah lama dah buat ni.....
 

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,037
Reaction score
228
Points
133
sokong2..beg plastik banyak effect pada alam..
 

koman

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2009
Messages
4,706
Reaction score
60
Points
30
selalu kalau pegi pasaraya hari isnin memang takder beg plastik...tapi kalau mintak diorang charge 20 sen...hari sabtu nih untuk negeri selangor je ker..?
 

damiaphang

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
masa utk kita berubah...
bawaklah bag sendri utk membeli belah...
 

my.name.is.nad

Legendary Member
Joined
May 12, 2008
Messages
10,496
Reaction score
6
Points
115
saya sokong.. sbb kalau kat overseas saya tengok ada mat salleh yg bawak bag yg green friendly and ada yg bawak bag plastik sendiri dari rumah ...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register