Cadangan untuk first sports/super bike?

Recommended Brokers


Sponsored Post

akusS

Active Member
Joined
Jul 9, 2007
Messages
1,449
Reaction score
45
Points
30
Beli zontes dahla tt...duit lebih tu simpan beli tanah tnm durian.....lawa siot motor ni...:eek:

310-R-1030x628.jpg
 

nurulazzin

Fun Poster
Joined
Aug 2, 2013
Messages
181
Reaction score
3
Points
15
Korang!!! ada exciting news ni! hahaha sorry lah excited sikit td saya nampak post petronas ada buat meet and greet dengan MotoGP rider dekat petronas ampang! Dekat je wei area KL dengan saya hehe saya ni excited nak pergi sbb nak jumpa rider mat salleh handsome dooo wkwkwkwk okay lah jumpa korang hari selasa minggu depan 29/10 dekat Petronas ampang... Any info boleh refer link dekat bawah ya

 

NurussalamAziz

Active Member
Joined
Sep 14, 2011
Messages
1,765
Reaction score
102
Points
38
Ini sedikit yang saya boleh ulas sebab saya pernah jadi macam sedara.. tapi lastly saya beli sportbike sbb saya hari2 naik sorang je.
- kalau boleh amik yg combine seat dan bukannya split seat (ini untuk keselesaan orang belakang). Kalau split seat, orang belakang takleh duduk lama sbb seat nipis & area untuk gerak2 terhad.
- position riding.. kalau hari2 bawak motor sport, masuk jem nanti takut sakit pergelangan tangan & pinggang.
- berat moto.. kalau moto lebih dari 200kg (berat basah), mmg terasa susah nak mencelah2 kereta.
- kalau taknak stick ngan Ron97 sepanjang masa, cari yang bukan high compression. Kalau terdesak, masih boleh pakai Ron95. Kalau high compression, akan jadi isu 'knocking'. Tapi ada pomen boleh setting cuma saya tak suka setting2 high compression pakai Ron95.
- baca dulu kos wear & tear seperti tayar (kalau bukan tayar racing, RM800 ke bawah sepasang), rantai (dalam RM500 ke atas), brek pad (harga bermula dari seratus lebih ke atas), servis (3-4 botol selalunya),..etc. Harga mmg jauh beza dari motor kapcai, kang terkejut terus selimut moto. Masuk kelab2 moto yang rasa berkenan @ kena baca lebih skit dari forum2 sebab setiap moto ada pe'el / common kerosakkan.
- barang aksesori pun bukan murah seperti motor kapchai. Selalunya dalam lingkungan RM1** - RM1*,***.
- kalau nak beli motor 2nd, cari orang yang lebih pakar untuk lihat motor. Kalau takde, cari di youtube.. ramai yang share (mostly mat saleh). Cari seperti kesan sagat kiri & kanan, pernah buat valve clearance, servis pakai minyak apa (dari minyak enjin boleh tahu orang ni kategori camne), tengok t-clamp (untuk tahu motor pernah jatuh @ tak), tgk condition tayar, motor dah berapa orang.. last sekali buat solat istikarah bila pilihan motor-motor dah di lihat. Kalau motor tak pernah cat lagi bagus & motor dalam standard @ light modification (ada juga owner bila nak jual moto, habis tukar ke standard).
- try tanya motor yang nak di beli tu dalam group.. kalau owner tu pernah masuk group tu, selalunya diaorang tahu condition motor & perangai owner bawak motor.

*nak beli Xj6 ok je sebab moto tu enjin dari R6 yang de-tune untuk lebih mesra roadbike. Nak beli motor apa pun tak kisah asalkan kita tahu motor tu apa masalahnya yang sering terjadi + rekod owner asal. Cuma kalau motor yang tak ramai peminat, susah skit nak maintain harga kalau nak bertukar angin ke motor lain.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register