BTC USD 28,337.6 Gold USD 1,967.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan subjek ‘Kontrak Sosial’ ProM USM puji Muhyiddin

Kehidupan

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
218
Points
123
Pulau Pinang, 22 Oktober- ProM menyifatkan cadangan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan ‘kontrak sosial’ dijadikan subjek di Universiti sebagai suatu langkah berani dan rasional demi memastikan pendidikan tinggi untuk mahasiswa; di sini.

Bagi saya, ‘Kontrak Sosial’ telah lama dimeterai (dan) saya yakin generasi pasca merdeka (mahasiswa) hari ini kurang didedahkan tentang kontrak tersebut dan perlembagaan sendiri, walhal perkara-perkara tersebut sangat diperlukan. Sebab itu, saya melihat cadangan Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tersebut wajar dipuji kerana sikapnya yang berani dan rasional,” jelas Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

Beliau juga mencadangkan kurikulum baru ini patut memberi fokus pada pengajian hak asasi mahasiswa, perlembagaan dan AUKU sendiri secara koprehensif dan sepadu supaya mahasiswa turut mengetahui dan sedar apakah hak-hak mereka dalam Universiti dan negara.

Pengerusi ProM juga mencadangkan USM mengambil inisiatif awal dan progresif untuk mempertimbangkan cadangan Tan Sri Muhyiddin tersebut, seterusnya merangka kurikulum berkaitan.

Cadangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebut telah diucaptamakan dalam Seminar Politik Melayu-Islam: Kemelut dan Penyelesaiannya pada pagi kelmarin di Dewan Budaya di sini.

Seminar bermakna tersebut dianjurkan bersama oleh Pusat Kajian Pembangunan dan Pengurusan Islam (ISDEV) dan Yayasan Nurul Yaqeen.

Sebelum ini, Kerajaan dan Parlimen pernah berbahas dan melaksanakan kurikulum TITAS, Hubungan Etnik dan Pengajian Malaysia di beberapa Universiti, atas tujuan yang sama

Kenyataan ini dibuat semasa Pengerusi ProM menyertai Sukarelawannya di Kaunter Perkhidmatan ProM Akses-Cetak Slip Menduduki Peperiksaan, di sini. -ProMahasiswaUSM
 
Top
Log in Register