CADANGAN PINDAAN AKTA TH 1995: JGN SESEKALI CUBA DIPINDA HAK JAMINAN PENDEPOSIT!

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,977
Reaction score
12,077
Points
1,906
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

1j ·

CADANGAN PINDAAN AKTA TABUNG HAJI 1995: JANGAN SESEKALI CUBA DIPINDA HAK JAMINAN PENDEPOSIT!

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan YB Senator Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Facebook beliau yang menyatakan bahawa satu usaha sedang dijalankan oleh pihaknya dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyemak semula ketetapan JAMINAN KERAJAAN termasuklah kemungkinan pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

APA ITU JAMINAN KERAJAAN?
Di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam Tabung Haji (TH) adalah dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan. Ini bermakna jika berlaku keadaan TH tidak mampu membayar balik tanggungan wang pendeposit akibat TH menjadi muflis atau kerugian, maka Kerajaan akan mengambil alih tanggungan tersebut dan membayar balik setiap sen wang pendeposit.

KENAPA HENDAK DIPINDA?
Keistimewaan TH yang mempunyai ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan ini memberikan kelebihan kepada TH berbanding bank-bank komersil dan institusi kewangan yang lain. Ini kerana rakyat sudah tentu lebih memilih untuk menyimpan dalam TH sehingga dana TH mencecah RM75 bilion. Sedangkan jaminan simpanan di bank-bank komersil hanya setakat RM250,000 oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Usaha untuk meminda Seksyen 24 Akta 535 ini pernah diusahakan oleh Bank Negara di bawah Gobenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atas alasan meratakan padang persaingan (level playing field) dalam sistem kewangan negara, tetapi tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak. Usaha untuk meminda Akta 535 tetap cuba diteruskan di zaman PH di bawah Gabenor baharu sehinggalah hari ini.

PENDIRIAN PEMUDA UMNO
Pemuda UMNO menentang keras sebarang usaha untuk menanggalkan keistimewaan yang ada pada institusi unik umat Islam ini dengan menyemak atau menghilangkan terus ciri-ciri JAMINAN MENYELURUH KERAJAAN ke atas wang pendeposit TH.
Sesungguhnya, TH adalah institusi yang cukup istimewa dan terlalu bernilai buat umat Islam yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi Ummah sejak ditubuhkan pada 1963.

Justeru, Pemuda UMNO menggesa YB Senator Menteri Agama tampil memberikan jaminan kepada lebih 9.4 juta pendeposit bahawa Kerajaan PN hari ini akan terus mempertahankan Jaminan Kerajaan terhadap setiap wang pendeposit yang menjadi keistimewaan TH!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
15 Januari 2021

1610678065249.png

1610678077965.png
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,765
Reaction score
12,193
Points
2,376

View attachment 330814
View attachment 330815
Apa pula pandangan deme mek
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,977
Reaction score
12,077
Points
1,906
Tengku Zafrul

15j ·

Mesyuarat bersama YB Senator Datuk Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), secara maya. Kami telah membincangkan mengenai beberapa perkara, termasuk inisiatif pengstrukturan semula atau structural reform untuk beberapa agensi Kerajaan yang berkaitan untuk menghasilkan keberhasilan yang tinggi, demi kesejahteraan Rakyat dan ekonomi Negara.⠀
_________⠀

Virtual meeting with YB Senator Datuk Dr Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Minister in the PMO (Religion Affairs). We discussed several topics including structural reform initiatives for Government-related agencies to achieve the right outcomes for the benefit of the Rakyat and our Nation’s economy.
Kementerian Kewangan Malaysia

1610678442325.png
 
View attachment 330817
Nak tahu jugak komen dari segi agama pulak dari Dr Zul nanti
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,977
Reaction score
12,077
Points
1,906
Abdul Rahim Hilmi Zakariya

34m ·

Seksyen 24 Akta Tabung Haji adalah satu peruntukan undang-undang yang meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan bagi menjamin setiap sen simpanan pendeposit. Jaminan ini adalah bersifat mutlak.

Namun begitu, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada fiskal kerajaan. Walaupun tidak pernah berlaku keadaan dimana kerajaan perlu membayar wang pendeposit, tetapi di atas kertas ia masih dianggap sebagai satu bebanan kewangan.

Inilah pengorbanan kerajaan pada dekad tersebut yang mengenepikan ekonomi mikro (ekonomi fiskal) demi memastikan perkembangan ekonomi makro (ekonomi rakyat).

Jaminan tersebut memberikan keyakinan kepada umat sehinggakan simpanan deposit meningkat mendadak daripada sekitar RM5 bilion pada 1995 kepada RM73.5 bilion pada 2017.

Dengan modal sebesar inilah Tabung Haji (sebelum 2018) telah berjaya menjadi pemain utama dalam pelbagai sektor strategik seperti hartanah, pembinaan, perladangan dan perhotelan. Bukan sahaja di dalam negara, malah TH juga berjaya meninggalkan foot print mereka di negara maju seperti Australia.

Jesteru itu, sekiranya Seksyen ini mahu dipinda, mahu dipinda lagi ke mana? Ia sudah sempurna bagi kepentingan pendeposit Muslim. Ia hanya tidak sempurna bagi kepentingan kerajaan dan institusi kewangan lainnya.

Kerana jika jaminan ini dipinda / dibuang, maka kedudukan fiskal kerajaan akan lebih baik. Ia juga akan meratakan padang untuk bank-bank lain. Inilah mazhab ekonomi pasaran bebas (liberal internationalist) yang percaya kepada kesaksamaan persaingan.

Membaca kenyataan Menteri Agama Dato Dr Zulkifli Al Bakri juga membimbangkan. Katanya 'penambahbaikan' ini juga seiring dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Tabung Haji yang sedang dilaksanakan kerajaan bagi menjamin kelestarian institusi kewangan ini [1]

Dato Seri, kelestarian apa? Dalam badan berkanun / GLC, faktor kelestarian ini adalah berdasarkan penilaian Ketua Audit Negara.

Dan dapatan rasmi Ketua Audit Negara pada tahun lepas adalah Tabung Haji berisiko tidak mendapat kembali RM27 bilion hutang (sukuk) daripada UJSB mengikut masa yang ditetapkan. Ini semua adalah natijah Pelan Pemulihan Tabung Haji yang dibuat pada zaman PH dan sedang dikekalkan pula oleh pentadbiran hari ini.

Jadi kelestarian apa?

Sepatutnya Dato Seri usahakan jaminan kerajaan terhadap sukuk tersebut. Perbaiki segala teguran oleh Ketua Audit Negara terhadap Tabung Haji. Barulah perniagaan TH akan menjadi lestari. Tak perlu disentuh berkenaan jaminan pendeposit yang sudahpun dipersetujui.

Tapi apakah langkah yang sudah diambil bagi memastikan teguran Ketua Audit Negara ini dipenuhi? Laporan Kewangan 2019 nak dibentang bila lagi?

Atau sekarang kita nak pakai alasan darurat sahaja?

Saya percaya Dato Seri seorang yang baik. Tetapi saya juga percaya Dato Seri sedang mendapat gambaran yang salah terutama oleh lantikan-lantikan PH yang masih kekal dalam Tabung Haji.

Apa yang sedang berlaku ini akan menyebabkan kehilangan kepercayaan umat Islam ke atas kerajaan sedia ada. Jika PH ditolak kerana gagalnya mereka menguruskan Tabung Haji, maka kenapa Dato Seri mahu mengulang perkara yang sama?

Simpatilah kepada Timbalan Menteri Agama Us Marzuk (PAS) dan Timbalan Menteri Kewangan II YB Shahar (UMNO) yang selama ini kami lihat sangat bersungguh dalam memperbaiki kepincangan kerajaan lama.

Ambillah penasihat yang betul. Kerana tumbangnya empayar-empayar dunia seperti Rom, Khwarizam, Parsi dan Uthmaniyyah adalah apabila pemerintahnya dikelilingi oleh wazir yang merosakkan.

Semoga Allah menjaga Dato Seri
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu
Rujukan:
[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4029161717147600&id=654227084641097

1610693749191.png
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,449
Reaction score
2,003
Points
201
Simpan dlm poket sendiri aje la
TH pun semakin menurun tu
Cukupkan ngam2 sudah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register