Cadangan Pindaan Akta PDPA Di Buka Untuk Rundingan Awam

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
12.02.2020 - Kuala Lumpur, Satu rundingan awam berhubung cadangan pindaan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) akan diadakan mulai 14 hingga 28 Februari ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata pindaan ini penting bagi memperkasa perlindungan data peribadi serta memastikan akta berkenaan selari dengan kehendak revolusi ekonomi digital, teknologi, sosial dan perkembangan persekitaran.

Beliau berkata orang ramai boleh mengakses dan memberi maklum balas melalui laman sesawang Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) di https://www.pdp.gov.my/jpdpv2/

“Pemurnian terhadap rangka pindaan akta pula akan dilaksanakan pada bulan Mac,” kata Gobind dalam kenyataan media.

Katanya Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui JPDP telah melaksanakan kajian semakan semula Akta 709 pada 2019.

“Melalui proses kajian ini, kita mengenal pasti jurang dan kedudukan Akta 709 berbanding perundangan perlindungan data peribadi di negara lain seperti negara Asean, Jepun, Korea Selatan dan Kesatuan Eropah (Peraturan Perlindungan Data Umum EU),” kata Gobind.

Antara pindaan utama dicadangkan adalah meluaskan pemakaian akta kepada pemproses data, mewajibkan pengguna data melaporkan insiden ketirisan data peribadi kepada pihak berkuasa, meluaskan hak-hak subjek data dan memudahkan urusan pemindahan data peribadi rentas sempadan.

Gobind berkata pindaan penambahbaikan relevan perlu supaya akta itu bersesuaian mengikut keadaan semasa dan sejajar dengan perkembangan ekonomi digital serta kepentingan e-dagang.

“Antara lain, kerajaan sedang mempertimbang peruntukan bagi memperketatkan lagi perlindungan data peribadi dan memperluas bidang kuasa sistem sedia ada serta tindakan ke atas pihak yang memperoleh atau memiliki data peribadi secara tidak sah,” kata menteri itu.

Kajian semakan semula Akta 709 oleh KKMM melalui JPDP itu dilakukan melalui penubuhan Pasukan Kerja Industri Perniagaan dan Sektor Kerajaan, Pasukan Kerja Pematuhan dan Penguatkuasaan, Pasukan Kerja Inovasi dan Teknologi serta Pasukan Kerja Perundangan dan Tadbir Urus.

JPDP turut mengadakan beberapa siri bengkel melibatkan pelbagai pakar dan profesional daripada pihak industri dan agensi pengawal selia, agensi kerajaan serta golongan akademik.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/02/cad...n-data-peribadi-dibuka-untuk-rundingan-awam//
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,882
Reaction score
2,043
Points
206
PDPA ni ada dengan takde sama je.
hari2 kena call dengan telemarketer juga.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,144
Reaction score
1,091
Points
201
PDPA ni ada dengan takde sama je.
hari2 kena call dengan telemarketer juga.
tambah2 lak org da install truecaller .. memang habis la semua contact no kene shared
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Melihat Sedikit Ke Dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 - Bahagian 1

Masih ramai rakyat Malaysia yang masih belum sedar tentang hak perlidungan data peribadi mereka. Mungkin bagi sebahagian kecil dari kita suka menularkan data peribadi milik orang lain kepada umum bagi pelbagai tujuan khususnya apabila berlaku insiden-insiden yang tular di media sosial. Walhal, sama ada mereka menyedari ataupun tidak, mendedahkan data peribadi pihak lain kepada umum merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Data peribadi 2010.

Sebagai contoh, sebelum ini media massa melaporkan isu salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Darulaman Football Club Sdn Bhd yang tular di Facebook baru-baru ini. Salinan SSM tersebut mengandungi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan alamat kediaman bersama seorang lagi individu iaitu Naib Presiden KFA. Susulan pendedahan itu, mangsa telah melaporkannya kepada pihak Polis untuk siasatan dan tindakan lanjut

Berdasarkan kepada rujukan di portal Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), sebarang data yang membolehkan seseorang individu yang masih hidup dikenalpasti adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.

Sebagai contoh;
  1. Nama dan alamat
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor pasport
  4. Maklumat kesihatan
  5. Alamat e-mel
  6. Gambar
  7. lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
  8. Maklumat dalam fail peribadi
Apa yang perlu difahami di dalam akta ini pula adalah memahami pengguna terma perkataan “memproses” data peribadi. JPDP menjelaskan, “Pemprosesan” data peribadi bermaksud melakukan sesuatu terhadap data termasuklah mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan. Malah hanya dengan membaca atau mengakses maklumat sudah dianggap “pemprosesan”.

Contoh-contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai “pemprosesan” pula termasuklah;
  1. Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui laman sesawang
  2. Menerbitkan data
  3. Menjual data
  4. Menggunakan data dalam pentadbiran
  5. Menggunakan data untuk tujuan pemasaran
  6. Merekodkan data
  7. Mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain
  8. Memusnahkan data
Mengambil contoh Seksyen 130, Pengumpulan, dsb., data peribadi yang menyalahi undang-undang, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 menyatakan bahawa :-

(1) Seseorang tidak boleh dengan disedarinya atau secara melulu, tanpa persetujuan pengguna data;

(a) mengumpul atau menzahirkan data peribadi yang dipegang oleh pengguna data itu; atau
(b) menyebabkan penzahiran data peribadi yang dipegang oleh pengguna data itu kepada orang lain.

Penjelasan tentang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ini amat luas. Jadi isu ini akan bersambung di bahagian kedua nanti yang akan membincangkan pula bilakah sesuatu data peribadi boleh didedahkan (dizahirkan) kepada umum.
 

asdf

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2019
Messages
230
Reaction score
30
Points
30
D
tambah2 lak org da install truecaller .. memang habis la semua contact no kene shared
Diorg call pakai wassap call skrg. Truecaller xleh detect.

Pernah kena sekali indon nak scam aku guna wassap call. Aku tanya nape bunyi cam cakap Indo, terus tak mengaku org indon. Dah tak mengaku org indon ibarat memberi aku bola tanggung la. Terus aku kutuk maki2 hamun org indon kepala penyangak, panas je hati dia. Nak marah tak boleh sbb dah mengaku bukan org indon.
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,454
Reaction score
525
Points
71
gubal kt akta mcm mna pn klau org dlm yg bocorkan data sama juga ceritanya.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,144
Reaction score
1,091
Points
201
akta sekrag ni pon klu bocor... cume kasi surat amaran je.. sampah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register