BTC USD 97,059.0 Gold USD 2,894.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan Hentikan Sepenuhnya Penggunaan Asbestos Di Perhalusi - Nik Nazmi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,202
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,202
Reaction score
7,155
Points
916
Awards
1
11.01.2025 - Kerajaan sedang memperhalusi cadangan menghentikan sepenuhnya penggunaan bahan berasaskan asbestos yang masih digunakan secara meluas di negara ini. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ini berikutan risiko dan kesan negatifnya terhadap kesihatan.

“Kita akan lihat dari segi bagaimana perkara ini dinilai atau diuruskan dalam bentuk perundangan dan dasar sedia ada, sekiranya ada jurang, mungkin perlu tambah baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku beliau berjudul ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’ di Kuala Lumpur hari ini.

Nik Nazmi berkata ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Julai tahun lepas telah menyerahkan memorandum kepada kerajaan mendesak pengharaman sepenuhnya semua bentuk asbestos, mengulangi gesaan sama yang telah mereka suarakan melalui memorandum yang dikemukakan pada Mei 2001. Asbestos adalah bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser paru-paru dan penggunaannya telah diharamkan di 69 negara termasuk Finland, Itali, Jerman, Australia, Jepun dan Thailand setakat Oktober 2022 oleh Sekretariat Pengharaman Asbestos Antarabangsa (IBAS). Pada tahun 2006, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menyarankan semua negara di dunia mengharamkan penggunaan asbestos.
1736602948262.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register