BTC USD 49,137.5 Gold USD 1,785.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cadangan Beri Tanah Kepada Orang Asli Perlu Teliti - Shafie

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SEMPORNA, 19 Dis (Bernama) -- Cadangan memberi tanah kepada Orang Asli perlu dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara berhati-hati supaya ia memberi manfaat berpanjangan kepada golongan berkenaan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya budaya Orang Asli seperti suka hidup berpindah randah yang diwarisi sejak turun temurun perlu diambil kira dalam cadangan berkenaan kerana mungkin golongan itu tidak mudah meninggalkan cara hidup mereka secara mendadak.

"Yang penting bagi kita ialah untuk membantu mereka (Orang Asli). Kalau kita tahu bahawa dengan hanya merayau (hidup pindah randah) ini tidak akan memberi banyak manfaat, kita perlu juga melihat bagaimana untuk melonjakkan Orang Asli supaya mereka dapat hidup seperti masyarakat lain," katanya.

Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program MARA Bersama Rakyat, anjuran MARA dan Pemuda Umno Bahagian Semporna, di Dewan Masyarakat Semporna di sini pada Sabtu.

Katanya mungkin ada di kalangan Orang Asli menganggap hidup berpindah randah itu sesuai dengan mereka namun pada masa yang sama mereka juga perlu didedahkan dengan cara hidup lain supaya golongan itu tidak tertinggal daripada menikmati kemudahan pendidikan dan kesihatan yang disediakan kerajaan.

"Kalau mereka terus hidup merayau, kita khuatir anak-anak mereka tidak dapat bersekolah," kata Shafie.

Shafie berkata kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan wakil, persatuan dan badan-badan yang ada kaitan dengan Orang Asli bagi mendapatkan maklum balas bagaimana rancangan berkenaan dapat dijayakan.

Katanya usaha mendedahkan Orang Asli dengan cara hidup masyarakat lain perlu diteruskan bagi membolehkan mereka memahami kaedah hidup masyarakat lain seterusnya menyesuaikan diri dengannya di samping terus mengamalkan adat tradisi mereka.

Beliau berkata walaupun cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan perlu dibawa ke Parlimen sebelum dilaksanakan namun ia telah mendapat sokongan yang baik daripada menteri-menteri besar.
 
Sponsored Post

fazarudin

Legendary Member
Messages
10,989
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,989
Reaction score
258
Points
136
mcm xnak bagi jer... mmg budaya diorang berpindah randah. kalau dah kerajaan bagi tanah & tolong diorang kormesialkan hasil dorang tu.. mau jadi penempatan kekal turun temurun
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
bagi je..jgn bagi kat org indon sudah..
 

myvi sporty

Active Member
Messages
1,743
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
mcm xnak bagi jer... mmg budaya diorang berpindah randah. kalau dah kerajaan bagi tanah & tolong diorang kormesialkan hasil dorang tu.. mau jadi penempatan kekal turun temurun

aku setuju :)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Messages
5,360
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..ya ler mcm x nak bagi da.......ada muslihat ka????
 

gudboy

Legendary Member
Messages
11,539
Joined
Dec 24, 2009
Messages
11,539
Reaction score
4
Points
115
entah laa..mcm main tarik tali pulak..
yg teraniaya org asli jawab nya..
 

taufic

Legendary Member
Messages
14,651
Paid Membership
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
694
Points
161
cari sebab apa depa dok merayau
takkan saja2 nak merayau?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register