akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 60,813
Top Poster #4
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 60,813
- Reaction score
- 6,971
- Points
- 881
- Awards
- 1
Cabul pelajar tingkatan satu - anggota tentera direman 7 hari
A view of the sea
SUSPEK yang juga anggota tentera direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini. FOTO Amir Mamat
Melaka: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, di sini, hari ini, kerana disyaki mencabul seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah berasrama penuh, minggu lalu.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, perintah reman terhadap anggota berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee bermula hari ini sehingga 20 Mei bagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Lelaki terbabit ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, 6.30 petang semalam, sebelum perintah reman dikeluarkan hari ini.
Terdahulu, menurut sumber, ketika memeriksa telefon bimbit mangsa, ibunya yang berusia 33 tahun terbaca perbualannya dengan lelaki terbabit sebelum bertanyakan perkara berkenaan.
Mangsa kemudiannya mengaku dicabul lelaki terbabit ketika berada di dalam kereta.
Sumber mengatakan, awal Januari lalu, mangsa berkenalan dengan lelaki terbabit yang juga jirannya selepas kerap terserempak di taman permainan di taman perumahan mereka.
"Susulan itu, lelaki terbabit meminta nombor telefon dan akaun TikTok mangsa untuk memudahkan mereka berhubung.
"Pada 4 Mei lalu, lelaki itu menjemput mangsa di asrama sebelum membawanya bersiar di sekitar Alor Gajah dan ketika di dalam kereta itulah mangsa dicabul," katanya.
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan berkaitan perkara itu di Balai Polis Kuala Sungai Baru semalam, sebelum membawa mangsa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan.
Disiarkan pada: May 14, 2025 @ 2:29pm