BTC USD 49,068.4 Gold USD 1,786.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabul: Lelaki 83 tahun dilepas tanpa bebas

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUANTAN - Mahkamah Majistret Kuantan semalam melepas tanpa bebas seorang pengemis warga emas berusia 83 tahun, yang menghadapi tuduhan mencabul dua kanak-kanak perempuan dalam sebuah bilik hotel, di sini, 5 Disember lalu.

Majistret Adibah Abdul Kadir membuat keputusan itu selepas Timbalan pendakwa Raya, Nor Svetlana Mohd Noor Nordin menarik balik tuduhan ke atas tertuduh dikenali sebagai A,Di yang menghadapi masalah pendengaran, pertuturan dan kesukaran untuk berjalan.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mendapati, kertas siasatan berhubung kes itu tidak dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya terlebih dahulu, sebaliknya tertuduh terus didakwa di mahkamah berkenaan, 9 Disember lalu.

Dalam sebutan terdahulu, mahkamah gagal merekodkan sebarang pengakuan daripada warga emas berasal dari Thailand itu, apabila tertuduh menghadapi kesukaran memahami pertuduhan dikemukakan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin.

Keadaan itu memaksa mahkamah menangguhkan sementara sebutan kes, sebelum diteruskan selepas mendapat khidmat juru bahasa Thai.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam tetap menunjukkan reaksi seolah-olah tidak memahami pertuduhan yang dibacakan, walaupun menggunakan bahasa Thai.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang dipercayai masuk ke negara ini tanpa dokumen dan bergantung hidup dengan mengemis, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu dalam sebuah bilik hotel di sini, 5 Disember lalu.

Dalam dua kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu, tertuduh yang dipercayai mengenali dua kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu mengajak mereka masuk ke dalam bilik hotel tempat kejadian berlaku sebelum mencabulnya.

Berikutan kejadian, kanak-kanak terbabit memberitahu keluarga sebelum tertuduh ditahan polis pada hari sama dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, warga emas itu berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.
 
Sponsored Post

belina

Active Member
Messages
1,264
Joined
Apr 29, 2009
Messages
1,264
Reaction score
2
Points
25
pengemis leh sewa hotel..byk betul kutipan duit mengemis ni ya...
 

zkry

Super Active Member
Messages
6,718
Paid Membership
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Macam mana budak pompuan tu senang2 boleh ikut orang...:-?:-?
 

slayer7815

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Mar 27, 2009
Messages
3,221
Reaction score
33
Points
30
hoh tak bgtau pun berapa umurr bdk pompuan tu caner pengemis tu lehh sewa bilik kalau pekak huuhuh konpius konpius
 

adil2604

Super Active Member
Messages
7,146
Joined
Jun 13, 2008
Messages
7,146
Reaction score
153
Points
73
macam2 skrg cara nak aniaya org.....
 

XRACER

Fun Poster
Messages
739
Joined
Aug 7, 2008
Messages
739
Reaction score
3
Points
15
tertuduh yang dipercayai mengenali dua kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu mengajak mereka masuk ke dalam bilik hotel tempat kejadian berlaku sebelum mencabulnya.

du owng kanak2x ni sapa?..bohsia ka??..onta2x kenahalau kluar umah.
 

cilox

Banned
Messages
1,382
Joined
Nov 13, 2009
Messages
1,382
Reaction score
3
Points
25
lepas ni ramai la warga emas yang gatal buat2 pekak bisu.. leh cabul budak2.. nikmat2
 

alia_angel

Super Active Member
Messages
5,254
Joined
Oct 25, 2008
Messages
5,254
Reaction score
29
Points
70
biar betul kes nie....
kompius kompius sye....
pengemis yg kurang pendengaran, penglihatan n masalah komunikasi tp leh sewa bilik hotel....
siap bawa budak lagi....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register