BTC USD 28,111.8 Gold USD 1,944.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cabul dalam ambulans

smileyjawa

Active+ Member
Messages
3,702
Joined
Jan 3, 2007
Messages
3,702
Reaction score
27
Points
30
Mahkamah Majistret: Cabul dalam ambulans

Oleh Mohd Sabran Md Sani

KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan tetap Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 23 tahun pada 7 April lalu.

Shahrul Norzaimi Salim, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Azniza Mohd Ali dan meminta dibicarakan.

Shahrul yang juga anggota penyelamat JPA3 didakwa melakukan perbuatan itu di dalam sebuah van JPA3 dengan nombor pendaftaran WBK 3468, sewaktu menghantar mangsa dari Taman Melati, Setapak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dia didakwa mencabul kehormatan wanita berkenaan kira-kira jam 3.30 petang, pada 7 April lalu.

Bagi kesalahan itu, Shahrul didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nor Asma Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang hanya tunduk di kandang pesalah memohon jaminan dikurangkan kerana jumlah itu terlalu tinggi sedangkan pendapatan bulanannya agak rendah.

“Saya mohon jaminan dikurangkan kerana jumlah ikat jamin RM10,000 sangat tinggi dan saya tidak mampu. Saya orang susah dan dengan gaji RM700 yang diterima setiap bulan hanya cukup makan.

“Dari pendapatan itulah saya gunakan untuk membayar sewa rumah dan menanggung isteri. Justeru saya minta mahkamah mempertimbangkan pengurangan jaminan saya itu,” katanya ketika mengemukakan rayuan dihadapan Azniza.

Azniza menetapkan Shahrul dibenarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Jun depan serta melantik peguam bagi kes terbabit.

Sebelum ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan mengenai perbuatan cabul yang dilakukan tertuduh terhadap seorang wanita ketika dalam perjalanan dari Taman Melati ke HKL pada 7 April lalu.

Dia yang bertugas dengan JPA3 didakwa meraba payu dara serta merakam gambar mangsa menggunakan kamera telefon bimbit ketika mangsa dibawa ke hospital selepas pengsan akibat menghidap kancing gigi.

Perbuatan itu disedari mangsa ketika dia dalam keadaan separuh sedar dan terdengar bunyi siren ambulans yang dinaiki, manakala mangsa nampak tertuduh membuka bajunya yang disangka prosedur biasa dilakukan terhadap pesakit.

Berikutan kejadian itu, abang kepada teman lelaki mangsa membuat laporan polis di pondok polis HKL pada 9 April lalu dan polis menahan suspek pada hari sama serta dua rakannya yang turut dipanggil untuk beri keterangan.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register