alonso
CG Hardcore Club
- Messages
- 62,529
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,529
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera wanita mengalami igauan ngeri selepas mendakwa dicabul kakitangan sebuah pusat perubatan swasta di sini, ketika menjalani imbasan X-Ray, minggu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa yang mahu dikenali sebagai Cecilia, 25, menjalani imbasan X-Ray berikutan kesakitan tulang pinggul yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.
Cecilia mendakwa, ketika kejadian, petugas X-Ray berusia 30-an itu bertindak di luar batasan apabila mengarahkannya menanggalkan coli sebelum menyentuh kemaluan dan punggungnya tanpa kebenaran.
“Pada 30 Disember lalu, sejurus menemui doktor, saya diarah memasuki sebuah bilik imbasan bersama lelaki berkenaan (petugas X-ray) tanpa ditemani jururawat.
“Lelaki itu meminta saya menanggalkan semua pakaian kecuali seluar dalam sebelum memberi sehelai kain bagi menutup seluruh anggota badan,” katanya ketika ditemui di Kajang, Selangor, semalam.
Menurutnya, dia yang akur dengan permintaan ‘pelik’ petugas X-Ray itu berbaring di atas mesin X-Ray untuk melakukan imbasan tulang pinggulnya.
“Tidak lama kemudian, saya tersentak apabila lelaki itu tiba-tiba menyelak kain dipakai sehingga paras pinggang sebelum menanggalkan seluar dalam saya.
“Dia seterusnya memegang punggung dan menekan kemaluan saya beberapa kali dengan alasan kononnya mahu mencari ‘titik’ bahagian badan yang perlu diimbas,” katanya.
Cecilia mendakwa, pemeriksaan itu selesai sejam kemudian dan dia yang menyedari dicabul lelaki berkenaan kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.
bole plk main tekan2...