BWF World Tour 2019

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,049
Reaction score
8,935
Points
2,226

BWF World Tour adalah siri kejohanan badminton Gred 2, yang disahkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Ia adalah pertandingan yang terbuka kepada pemain ranking dunia teratas dalam acara perseorangan (lelaki dan wanita) dan beregu (lelaki, wanita dan campuran). Pertandingan itu diumumkan pada 19 Mac, 2017 dan mula berkuat kuasa mulai 2018, menggantikan BWF Super Series, yang diadakan dari tahun 2007 hingga 2017

BWF World Tour dibahagikan kepada enam peringkat, iaitu

World Tour Finals
Super 1000
Super 750
Super 500
Super 300 dalam rangka (sebahagian dari World Tour HSBC)
BWF Tour Super 100
Player commitment regulations

Top 15 singles players and top 10 doubles pairs in the World Ranking will be required to play in all Super 1000, Super 750 and 4 out of 7 Super 500 tournaments occurring in the full calendar year. A fine and above the normal withdrawal fees will be imposed upon players/pairs who fail to play. Exemption from penalty will be considered by BWF on receipt of a valid medical certificate or strong evidence that prove players unfit to participate. However, suspended or retired are not subject to these regulations
Dalam satu musim akan ada;

BWF World Tour Finals
3 Super 1000
5 Super 750
7 Super 500
11 Super 300
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,049
Reaction score
8,935
Points
2,226
Senarai Pemenang BWF World Tour
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,049
Reaction score
8,935
Points
2,226

Axelsen mahu mula dengan langkah kanan


KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark mahu melupakan kekecewaan musim lalu dan bersemangat untuk mempertahankan kejuaraan Masters Malaysia yang akan berlangsung minggu ini.

Selepas bergelut dengan masalah kecederaan dan kesihatan tahun lalu, pemain berusia 25 tahun itu berkobar-kobar untuk memperagakan aksi tahap tertinggi terutama selepas beraksi di Liga Badminton Perdana (BPL) di India baru-baru ini.

Dia yang baru saja menjalani latihan dalam tempoh singkat di Akademi Badminton Sports Affairs di bawah bekas jurulatih negara, Rashid Sidek, berharap mampu bermula dengan langkah kanan untuk musim baharu.

"Sudah lama saya tidak beraksi dalam banyak perlawanan, jadi saya menjangkakan saya boleh turun dan bermain dengan lebih baik.

"Saya bergelut pada 2018 namun sekarang saya harus terus pandang ke depan. Paling penting latihan saya sebelum ini berjalan lancar jadi saya bersedia untuk memberikan aksi terbaik di dalam kejohanan.

"Saya rasa beraksi di BPL adalah peluang terbaik buat saya untuk menyesuaikan diri dengan kejohanan lebih tinggi.

"Ia juga sangat menyeronokkan apabila diberi peluang oleh Sports Affairs. Ini kerana saya berpeluang untuk hadir ke sini lebih awal dari India dan berlatih dengan pemain seperti (Liew) Daren dan Iskandar (Zulkarnain Zainuddin).

“Mereka juga akan mendapat peluang yang sama jika datang ke Denmark," kata Axelsen yang akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan di Arena Axiata menentang Kazumasa Sakai dari Jepun Rabu ini.

Ditanya mengenai peluangnya mempertahankan kejuaraan diraih tahun lalu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio itu berharap mampu memperagakan aksi berkelas dunia.

"Saya juga harus memikirkan mengenai bagaimana saya mempersiapkan diri sepanjang tempoh enam bulan ini. Bagaimanapun, masuk minggu kelapan dan kesembilan semunya sudah berjalan lancar.

"Saya juga tidak banyak merujuk kepada undian di kejohanan ini tapi saya tahu akan berdepan Sakai Rabu ini. Ia bakal berlangsung sengit dan saya pernah bergurau mengenai beraksi dalam semua kejohanan di Jepun tahun ini, kerana pemain mereka terlalu ramai.

“Saya juga tahu anda semua akan bosan mengenai jawapan saya ini, iaitu saya akan fokus satu demi satu perlawanan terlebih dulu," katanya.

Dalam pada itu, Axelsen, juga sempat berkongsi mengenai perbalahan antara Persatuan Badminton Denmark dengan pemain.

"Saya sempat mengikutinya menerusi Facebook apabila tiba di sini dan ia memang sangat mengecewakan kerana persatuan tidak mahu berbincang dengan pemain buat masa sekarang. Semua pemain pula bersatu. Kami mahu berbincang tapi mereka tidak mahu melayan.

“Mereka juga memberikan tarikh akhir sehingga 25 Januari sebagai jalan penyelesaian atau kami akan angkat kaki. Kami mahu mendapat jalan penyelesaian yang adil kepada semua," katanya.

Selepas mencapai persetujuan dalam pelbagai isu termasuk penajaan dan subsidi pada 2013, kedua-dua pihak sedang berbincang mengenai perjanjian baharu namun setakat ini belum mencapai kata sepakat.

Selain Axelsen, pemain lain dari Denmark yang akan mengambil bahagian dalam perseorangan lelaki dalam Masters Malaysia ialah Anders Antonsen, Rasmus Gemke, Jan Jorgensen dan Hans Kristian Solberg Vittinghus.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/01/412006/axelsen-mahu-mula-dengan-langkah-kanan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,049
Reaction score
8,935
Points
2,226
Malaysia Masters 2019

Wakil 🇲🇾 yang tinggal

Perseorangan

1. Lee Zii Jia

Beregu Lelaki

1. CHOOI Kah Ming / LOW Juan Shen

Beregu Campuran

1. GOH Soon Huat / LAI Shevon Jemie
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,049
Reaction score
8,935
Points
2,226

'Kami tak kena marah dah...'


KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon secara berseloroh menyatakan tiada siapa lagi akan memarahi dia dan pasangannya, Goh Liu Ying jika mereka kalah dalam perlawanan selepas bergerak secara profesional.

“Mungkin kalau kami kalah pun, saya marah dia (Liu Ying) dan dia marah saya. Tiada siapa lagi akan marah kami,” kata Peng Soon berseloroh selepas diajukan soalan mengenai tekanan beraksi buat kali pertama di laman sendiri sebagai gandingan profesional.

“Tekanan itu tetap ada biarpun kami bergerak secara profesional. Namun, kami cuba mengawalnya terutama beraksi di laman sendiri.”

Terdahulu, Peng Soon-Liu Ying yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Masters Thailand, Ahad lalu mara ke pusingan kedua Masters Malaysia apabila menewaskan beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-13, 21-14 di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini.

“Hari ini kami anggap lebih kepada perlawanan pemanas badan khususnya bagi menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang memandangkan lawan juga tidak berapa kuat.”

Tampil sebagai pilihan ketiga kejohanan, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu akan bertemu beregu China, Lu Kai-Chen Lu bagi perebutan tempat ke suku akhir, esok.

Di atas kertas, peluang Peng Soon-Liu Ying untuk menang ke atas pasangan China yang baru digandingkan itu besar tetapi mereka enggan terlalu yakin dan menganggap peluang 50-50.

“Memang mereka pasangan baharu tapi Lu Kai seorang pemain berpengalaman dan gandingannya biarpun masih muda tapi bermain baik.

“Jadi, kami perlu berhati-hati. Kami akan buat analisis mengenai permainan mereka dan cuba buat persiapan terbaik untuk menghadapi perlawanan esok.

“Selepas muncul juara di Thailand, kami harap boleh mencatat keputusan yang baik juga di sini. Kami harap boleh tampil dengan prestasi konsisten dalam setiap kejohanan,” kata Liu Ying.

Sementara itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan pasangan Thailand, Chayanit Chaladchalam-Phataimas Muenwong 12-21, 21-12, 21-18 sekali gus mara ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi satu lagi beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean apabila terkandas pada pusingan pertama selepas tewas di tangan pilihan kedua dari Jepun, Ayako Sakuramoto-Yukiko Takahata 8-21, 14-21.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/01/412866/kami-tak-kena-marah-dah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,049
Reaction score
8,935
Points
2,226


KEADAAN di Arena Axiata, Bukit Jalil yang bergelap sebentar tadi ketika kejohanan badminton Masters Malaysia berlangsung

Arena Axiata gempar angkara perokok


KUALA LUMPUR: Suasana di Arena Axiata, Bukit Jalil gempar seketika selepas semua diarah mengosongkan stadium itu susulan pengumuman kecemasan kira-kira jam 3 petang tadi.

Situasi itu menyebabkan tiga perlawanan kejohanan badminton Masters Malaysia yang sedang berlangsung dihentikan serta-merta dan semua diarahkan keluar ke tempat selamat.

Difahamkan, insiden itu berpunca daripada individu yang tidak bertanggungjawab menghisap rokok dalam sebuah bilik di venue pertandingan dan menyebabkan penggera kecemasan berbunyi.

Seorang pegawai Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang enggan namanya didedahkan berkata, penggera kecemasan itu akan berbunyi secara automatik sekiranya mengesan asap di kawasan itu.

“Ada orang hisap rokok dalam bilik di tingkat satu, jadi penggera kecemasan berbunyi apabila ada asap.

“Semuanya sudah terkawal dan semua yang terbabit boleh masuk semula,” katanya.


https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2019/01/521030/arena-axiata-gempar-angkara-perokok
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,049
Reaction score
8,935
Points
2,226
Info Dari BAM




RESULTS: #PMM2019 Finals

Mixed Doubles

#JPN 🇯🇵 Yuta Watanabe & Arisa Higashino vs #THA 🇹🇭 Dechapol Puavaranukroh & Sapsiree Taerattanachai 21-18, 21-18

Congratulations to #JPN 🇯🇵 Yuta Watanabe & Arisa Higashino for winning the Perodua Malaysia Masters 2019 XD category.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,049
Reaction score
8,935
Points
2,226
Info Dari BAM




RESULTS: #PMM2019 Finals

Women's Doubles

#JPN 🇯🇵 Yuki Fukushima & Sayaka Hirota vs #INA 🇮🇩 Greysia Polii & Apriyani Rahayu 18-21, 21-16, 21-16

Congratulations to #JPN 🇯🇵 Yuki Fukushima & Sayaka Hirota for winning the Perodua Malaysia Masters 2019 Women's Doubles category.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
266,049
Reaction score
8,935
Points
2,226
Info Dari BAM


RESULTS: #PMM2019 Finals

Men's Singles

#KOR 🇰🇷 Son Wan Ho vs #CHN 🇨🇳 Chen Long 21-17, 21-19

Congratulations to #KOR 🇰🇷 Son Wan Ho for winning the Perodua Malaysia Masters 2019 Men's Singles category.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register