Xploit Machine
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,638
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 43,638
- Reaction score
- 5,300
- Points
- 516
- Awards
- 1
Tidak lama selepas pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060, nampaknya kini ia tiba giliran kad grafik AMD Radeon RX 7600 pula untuk tertiris sepenuhnya. ia dijangka bahawa kad grafik kelas pertengahan oleh AMD ini akan dilancarkan pada 25 Mei ini. Terkini, beberapa laman web telah melaporkan bahawa spesifikasi penuh kad grafik tersebut telah tertiris sepenuhnya, dan ia dilihat akan bertembung dengan RTX 4060 keluaran NVIDIA. Ia akan menggunakan cip grafi Navi 33 yang sama digunakan didalam kad grafik komputer riba seperti AMD Radeon RX 7700S dan AMD Radeon RX 7600M.
Ia dibina menggunakan proses 6nm TSMC, dan akan tampil dengan 13.3 bilion transistor, 32 Compute Unit, 32 pemacu Ray-tracing, 2048 pemproses strim dan 8GB memori GDDR6 pada kelajuan 18Gb/s. Kad grafik ini juga akan tampil dengan kelajuan asas 2250Mhz dan boleh dilewahjam sehingga 2625MHz. Ia juga akan menggunakan jumlah kuasa 165W, sama dengan apa yang digunakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060 Ti. Walaupun lebih tinggi sedikit berbanding AMD Radeon RX 6600 sebelum ini, ia masih lagi menggunakan satu pin kuasa 8-pin PCIe untuk menguasakannya, dan AMD memberi saranan untuk menggunakan bekalan kuasa 550W untuk kad grafik ini.
Seperti yang dikatakan, kad grafik ini dijangka akan dilancarkan pada 25 Mei ini, dan akan hadir dengan binaan berlainan oleh pembuat kad grafik seperti ASUS, MSI, GIGABYTE dan sebagainya. Buat masa ini, tanda harga untuk kad grafik ini masih belum disahkan lagi.