Bush sokong Israel terus gempur Hamas

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
GAZA 13 Jan. - Israel terus mendapat sokongan daripada sekutu kuatnya, Amerika Syarikat (AS) apabila Presiden George W. Bush semalam menyatakan bahawa gencatan senjata hanya akan dilakukan apabila Hamas menamatkan serangan roketnya ke atas negara Yahudi itu.

Angka kematian kini melepasi 900 orang sejak semalam dengan ramai yang terkorban terdiri daripada orang awam ketika tentera Zionis menggempur kawasan bandar.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menyatakan bahawa perang yang kini berusia 18 hari akan diteruskan selama mungkin.

"Saya memilih gencatan senjata berterusan dan definisinya ialah Hamas menghentikan serangan roket ke atas Israel.

"Saya percaya Hamas perlu membuat keputusan. Israel berhak mempertahankan diri," kata Bush kepada pemberita sempena sidang akhbar terakhirnya di White House semalam, sebelum meninggalkan White House pada 20 Januari ini.

Askar dan kereta kebal Israel dengan sokongan jet pejuang dan helikopter yang telah melancarkan lebih 25 serangan udara hari ini, memeriksa pertahanan pejuang di sekitar Gaza kerana bimbang kehadiran penembak curi dan bom perangkap.

Pejuang Hamas pula tidak kelihatan, namun beberapa serangan roket ke atas Israel masih diteruskan.

Ketika para diplomat antarabangsa bekerjasama dengan Mesir untuk merundingkan usaha damai, jurucakap tentera Israel, Brigedier Jeneral Avi Benayahu menyatakan bahawa pihak tentera masih belum melancarkan "Fasa Ketiga" perang.

"Kami sedang mengetatkan kepungan ke atas Gaza," kata Brigedier Jeneral Eyal Eisenberg kepada pemberita.

Pertumpahan darah yang berlaku membawa keretakan kepada diplomasi di Asia Barat dengan pentadbiran Bush dalam minggu terakhirnya masih di belakang Israel sementara kerajaan Eropah mendesak negara Yahudi itu menghentikan serangan dan pemimpin negara-negara Arab mengutuk kekejaman Zionis.

- Reuters
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register