BTC USD 23,676.6 Gold USD 1,771.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Busana Melayu klasik tetap diminati

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,126
Points
661
Awards
1
2-1.jpg
Busana polos dengan perincian sulaman yang minimalis biarpun ringkas tetap memberikan seri kepada si pemakai



PERSALINAN pengantin penuh klasik sering menjadi pilihan buat pasangan raja sehari untuk digayakan pada hari bahagia memandangkan ia mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Busana polos dengan perincian sulaman yang minimalis biarpun ringkas tetap memberikan seri kepada si pemakai.

Kecintaan terhadap busana Melayu tradisi mendorong Amelin Asri, 30, untuk mewujudkan jenama Tujoh Kuntom yang mempertaruhkan busana Melayu klasik.

Selaku pengasas dan ketua pereka bagi jenama itu, Amelin berkata idea untuk menggunakan konsep busana Melayu klasik itu timbul selepas melihat neneknya yang sering menggayakan busana kebaya singkat dan labuh bagi gaya harian, serta melihat potret-potret ahli keluarganya yang gemar berfesyen.

“Dari situ, timbul minat saya untuk menghasilkan pakaian-pakaian klasik dengan sentuhan moden minimalis yang sesuai untuk diperagakan oleh generasi muda masa kini.

“Bertepatan dengan tagline Tujoh Kuntom iaitu ‘Minimalis Bertemu Klasik’, ini adalah konsep rekaan jenama ini, di mana kemewahan dalam kesederhanaan ditonjolkan bersama elemen Melayu Klasik, ” ujar anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.


Teknik Sulam Goyang Tangan yang disulam khas oleh ‘orang lama’ menjadikan setiap busana Tujoh Kuntom cukup mempesona dan menawan.

Tanpa perlu mempertaruhkan perincian yang sarat, setiap koleksi baju kurung dan kebaya dari Tujoh Kuntom kelihatan amat elegan.


Baju kebarung polos dengan perincian butang besar menyerlahkan elemen klasik, menjadikan busana itu sesuai digayakan sepanjang zaman.
 
Sponsored Post

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,126
Points
661
Awards
1
1-1-300x300.jpg


Busana klasik jadi pilihan untuk majlis perkahwinan




Pemilihan rona-rona seperti hitam, merah dan putih yang dipadankan dengan benang sulaman daripada rona emas pula menyerlahkan lagi perincian sulaman itu, sekali gus menyerlahkan seri si pemakai.

Padanan selendang dari rona sama pula menyerlahkan keayuan gadis Melayu, menjadikan koleksi itu menjadi pilihan untuk digayakan pada majlis pertunangan atau persandingan.

Menurut Amelin, dia cukup berpuas hati apabila koleksi busana yang dipanggil Kiambang Malam itu disambut baik oleh orang ramai.

“Kiambang Malam mengetengahkan Konsep Seorang Puteri yang menunggu kekasih hatinya sambil mengenakan busana penuh keayuan.

“Kami ingin meneruskan hasil karya tinggalan warisan nenek moyang namun mengolahnya sedikit mengikut peredaran masa tanpa meninggalkan unsur-unsur Melayu klasik itu,” jelasnya.
 

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,126
Points
661
Awards
1
3-1-270x300.jpg
Baju kebaya menyerlahkan elemen klasik dan sesuai digayakan sepanjang zaman





Malah, bagi koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Amelin bercadang mahu mengekalkan unsur klasik pada rekaannya supaya ia tidak jemu digayakan oleh penggemar busana itu.

Rekaan Tujoh Kuntom boleh dibeli di butiknya yang terletak di Alam Avenue, Shah Alam atau dengan melayari laman web www.tujohkuntom.com atau menghubungi talian 013-9287576 / 019-8247675.

Koleksi ready to wear atau RTW Tujoh Kuntom dijual pada harga RM150 hingga RM600, manakala harga bagi tempahan khas pula adalah bergantung kepada rekaan yang dimahukan pelanggan.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register