soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,223
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,223
- Reaction score
- 4,126
- Points
- 661
- Awards
- 1
PERSALINAN pengantin penuh klasik sering menjadi pilihan buat pasangan raja sehari untuk digayakan pada hari bahagia memandangkan ia mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Busana polos dengan perincian sulaman yang minimalis biarpun ringkas tetap memberikan seri kepada si pemakai.
Kecintaan terhadap busana Melayu tradisi mendorong Amelin Asri, 30, untuk mewujudkan jenama Tujoh Kuntom yang mempertaruhkan busana Melayu klasik.
Selaku pengasas dan ketua pereka bagi jenama itu, Amelin berkata idea untuk menggunakan konsep busana Melayu klasik itu timbul selepas melihat neneknya yang sering menggayakan busana kebaya singkat dan labuh bagi gaya harian, serta melihat potret-potret ahli keluarganya yang gemar berfesyen.
“Dari situ, timbul minat saya untuk menghasilkan pakaian-pakaian klasik dengan sentuhan moden minimalis yang sesuai untuk diperagakan oleh generasi muda masa kini.
“Bertepatan dengan tagline Tujoh Kuntom iaitu ‘Minimalis Bertemu Klasik’, ini adalah konsep rekaan jenama ini, di mana kemewahan dalam kesederhanaan ditonjolkan bersama elemen Melayu Klasik, ” ujar anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.
Teknik Sulam Goyang Tangan yang disulam khas oleh ‘orang lama’ menjadikan setiap busana Tujoh Kuntom cukup mempesona dan menawan.
Tanpa perlu mempertaruhkan perincian yang sarat, setiap koleksi baju kurung dan kebaya dari Tujoh Kuntom kelihatan amat elegan.
Baju kebarung polos dengan perincian butang besar menyerlahkan elemen klasik, menjadikan busana itu sesuai digayakan sepanjang zaman.