hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 21,022
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 21,022
- Reaction score
- 1,487
- Points
- 201
BURUNG Kuang Gunung yang merupakan spesies burung kuang paling besar dan paling jarang ditemui berjaya dikesan di Malaysia baru-baru ini.
Kuang Gunung yang akhir sekali ditemui pada tahun 1990an itu dikesan sekali lagi. Kali ini di luar Taman Negara di Terengganu, lapor The Star.
Burung tersebut berjaya dikesan oleh sekumpulan pakar ornitologi yang kemudian menerbitkan hasil tinjauan jumlah Burung Kuang Gunung di Malaysia di antara 2014 hingga 2016 dalam jurnal Forktail di Britain.
Ketua pengarang kajian Liang Song Horng berkata mereka telah memasang beberapa ratus perangkap kamera di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebelum ini sebagai kawasan kebiasaan Kuang Gunung di Taman Negara.
Menurut Liang yang juga pengarah eksekutif Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (Pelindung) kajian mendapati bahawa penggunaan perangkap kamera boleh membantu mengumpul data penting tentang spesies burung tanah yang masih di luar pengetahuan pihak saintis.
Burung Kuang Gunung yang diklasifikasikan oleh International Union for the Conservation of Nature (IUCN) sebagai spesies terancam pada 2018 merupakan jenis burung kuang yang mempunyai bulu paling panjang.
Burung Kuang Gunung hanya boleh ditemui di Malaysia, terutama di kawasan pergunungan Pahang, Terengganu dan Kelantan.