Burung hantu disangka ular

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,047
Reaction score
153
Points
33
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor menangkap empat ekor anak burung hantu yang bersarang di atas siling sebuah rumah di Jalan Astana 13/3, Bandar Puncak Alam, hari ini. FOTO IHSAN APM KUALA SELANGOR


Kuala Selangor: Bunyi menakutkan disangkakan ular menyorok di atas siling rumah menyebabkan seorang wanita segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Namun apabila pemeriksaan dilakukan, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor sebaliknya menemui empat ekor anak burung hantu yang bersarang di atas siling itu.

Pegawai APM Kuala Selangor Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.30 tengah hari tadi sebelum bergegas ke kediaman di Bandar Puncak Alam di sini.

"Pengadu memaklumkan, dia mendengar bunyi aneh itu ketika sedang mengemas rumahnya yang bakal dijual.

"Anggota APM menggunakan tangga untuk naik ke bahagian siling sebelum menemui empat ekor anak burung hantu di atas siling," katanya.

Suzaini berkata, anggota APM kemudian mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan semua anak burung hantu itu dengan menggunakan penjerut.

Bagaimanapun, katanya, ibu burung hantu itu tidak kelihatan dan dipercayai melarikan diri.

"Anak burung hantu itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat sepenuhnya pada 2.11 petang," katanya.


== hmetro
 
Sponsored Post

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,548
Reaction score
436
Points
131
kesiannye,xpasal2 ibu ilang anak,
tp xpelah manusia yg jaga,duk la dlm kurungan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register