BTC USD 57,013.9 Gold USD 1,835.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Burung belibis Iringi Jenazah Amrozi - update video 13/08

min9797

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,093
Reaction score
91
Points
30
http://www.youtube.com/watch?v=3cEEhxRKkC8

burung2285.jpg


Kira-kira satu jam sebelum kedatangan jenazah Amrozi dan Muklas, warga yang mendapati kawasan sekitar rumah Hj. Tariyem, dikejutkan dengan kedatangan tiga burung belibis yang melayang-layang di udara Desa Tenggulun, Solokuro, Lamongan.

"Ini menandakan jenazah mereka langsung bertemu dengan Allah. Burung itu bidadari yang menjemput," ungkap Haji Ahmad, salah satu pendukung Amrozi.

Mereka yakin jenazah ketiga-tiga itu mati yang telah dijantung pada hari tadi, Amrozi, Muklas dan Imam Samudra akan masuk surga.

Jenazah Amrozi tiba sekira pukul 9.20 WIB , dengan menggunakan dua kereta ambulans yang bertuliskan Puskesmas Tikung disertai kereta Polis dari Balai Polis Lamongan dan Bojonegoro~ News Okezen

3 pengebom Bali jalani hukuman mati ditembak

JENAZAH Imam Samudra, 38, dibawa ke Serang, Banten pagi tadi. Tengah malam tadi dia bersama Amrozi Nurhasyim, 47, dan Ali Ghufron, 48, menjalani hukuman mati ditembak setelah didapati bersalah terlibat dalam kejadian pengeboman di Bali enam tahun lalu. - foto AP

[DIKEMAS KINI] CILACAP, Indonesia: Tiga pengebom Bali, yang didapati bersalah menyebabkan kematian 202 orang dalam letupan di kawasan peranginan Bali enam tahun lalu, menjalani hukuman mati ditembak tengah malam tadi.

Ribuan menyertai upacara pengebumian ketiga-tiga militan tersebut, termasuk pemimpin agama Abu Bakar Bashir.

Hukuman itu dilaksanakan selepas lebih seminggu pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa mereka akan ditembak awal bulan ini.

Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara yang dikawal ketat di pulau Nusakambangan.

Ketiga-tiga mereka merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiah yang ditubuhkan oleh Basir.
PENYOKONG tiga pengebom Bali berkabung dengan memegang gambar mereka selepas mendengar berita hukuman mati ditembak dilaksanakan oleh pihak berkuasa tengah malam tadi. - foto AP

"Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) (1.15 pagi waktu Malaysia) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak," kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan.

"Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia," katanya.

Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut.

Qadar Faisal, salah seorang peguam mereka berkata, jenazah ketiga-tiga mereka telah dibawa dengan helikopter ke kampung mereka untuk tujuan pengebumian hari ini.

Jenazah adik-beradik Ali dan Amrozi dibawa ke Lamongan di Jawa Timur manakala Imam pula ke Serang di Jawa Barat.

Zakiah Darajad, isteri kepada Imam, dalam surat terbuka yang dibacakan oleh seorang saudara pada sidang akhbar di Serang berkata:

"(Saya) berharap Allah akan memberikan yang terbaik kepada mereka dan yang terburuk kepada mereka yang menyebabkan layanan buruk ke atas mereka," katanya.

Dalam pada itu, laporan Bernama semalam menyebut sejak Mahkamah Agung Indonesia memutuskan hukuman mati itu akan dilaksanakan pada awal bulan dan tidak akan melepasi 15 November, media massa tempatan baik cetak mahupun elektronik dan TV tidak putus-putus melaporkan pelbagai aspek pelaksanaan hukuman tembak itu.

Berpuluh wartawan tempatan dan asing sudah menunggu sejak beberapa hari lepas di pelabuhan menuju ke pulau itu dan di kampung halaman lelaki yang mereka istilahkan sebagai 'Pengebom Bali' itu.

Semalam keluarga seorang daripada pesalah itu, Amrozi, dilaporkan telah bertolak dari kampungnya di Lamongan, Jawa Timur menuju ke penjara Nusakambangan di Cilacap Jawa Tengah.

Laporan media massa tempatan menyebut mereka yang diiringi dua pegawai pemerintah ialah kedua-dua isteri Amrozi iaitu Choiriyana dan Rochma, juga kedua-dua isteri seorang pesalah lagi, Muklas, iaitu yang dikenali hanya dengan nama Paridah yang berasal Malaysia dan Ana dari Solo, Jawa Tengah.

Seorang anaknya yang masih belajar di sekolah rendah dan dua adik beradik kandung Amrozi juga turut berangkat.

Petanda ke arah dekatnya pelaksanaan hukuman mati itu sudah cukup banyak dilaporkan termasuk persiapan tiga buah helikopter oleh pihak berkuasa untuk membawa jenazah ketigatiga mereka ke kampung halaman masing-masing dan keterangan keluarga Amrozi bahawa mereka dilarang mengkafankan semula jenazah itu.

Di kampung halaman Amrozi pula, pihak keluarganya malah mengeluarkan pas khas yang menurut TV tempatan diberi label "Kafilah Syuhahad" untuk memastikan wartawan yang akan membuat liputan benar-benar wartawan.

Panjangnya waktu yang diambil untuk melaksanakan hukuman mati itu membuat banyak pihak tertanyatanya dan terbaru ialah tokoh terkemuka dari Parti Amanat Nasional, Amien Rais.

Menurut agensi berita Antara, keraguan Amien itu berpunca daripada sikap pemerintah Indonesia yang tidak kunjung tiba memberi kepastian tentang pelaksanaan hukuman mati itu.

"Saya menilai pemerintah ragu-ragu dalam menentukan sikap eksekusi ini.

"Masakan kes yang sudah berlangsung enam tahun dan hukumannya telah jelas dijatuhkan masih juga menjadi misteri, ini dunia yang aneh," katanya, yang menambah bahawa keraguan pemerintah itu membuat masyarakat tertanya-tanya.

Beliau meragui kemampuan Amrozi dan rakan-rakannya membuat bom sebesar yang digunakan di Bali itu dan mendesak pemerintah mencari dalang yang sebenarnya.

Belum dapat dipastikan sehingga malam ini sama ada semua petanda itu menunjukkan hukuman mati ke atas mereka, yang turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa terutama keluarga rakyat asing yang mati dalam tragedi itu, akan dilaksanakan dinihari esok. BERNAMA

Rakaman dari Indonsiar TV menunjukkan / mendengarkan bunyi petir yang kuat seolah-olah mengiringi eksekusi ketiga pejuang Islam ini.

http://rapidshare.com/files/161964663/Indosiar_Channal_-_November_09_07_28_07_split1.avi

Breaking News
Keadaan dikampung para pejuang dan penyiapan sambutan jenazah.

http://rapidshare.com/files/161992636/RCTI_-_November_09_09_58_57.avi
 
Last edited:
Sponsored Post

min9797

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,093
Reaction score
91
Points
30
AMANAT TERAKHIR KETIGA2 PENGEBOM BALI

amrozizj8.jpg


imamsamudera1uf4.jpg


alighufronfp8.jpg
 

min9797

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,093
Reaction score
91
Points
30
ambil iktibar apa yang terjadi...jgn pula terlalu taksub nanti boleh jadi terpesong akidah..

hanya Allah yang maha mengetahui....semoga roh mereka aman di sana.
 

matlan

Passed Away
Joined
Apr 11, 2007
Messages
7,279
Reaction score
165
Points
73
Al-Fatihah...

Semuga Roh Allahyarham ditempatkan di Jannah..

Amin
 

tesco

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 9, 2008
Messages
344
Reaction score
2
Points
15
Ya Allah tempatkan mereka di sisi org yang mukminin dan tempatkan mereka di Syurga MU:(
 

CamperBoy

Fun Poster
Joined
Apr 12, 2007
Messages
756
Reaction score
3
Points
15
hmm... bunuh membunuh... habis ramai yang sengsara pasal mereka... biarlah balasan akhirat nanti..dorang dapat!
 

mrzamm

Fun Poster
Joined
Apr 7, 2007
Messages
474
Reaction score
1
Points
15
innalillah... sedih gak aku tu sbb klu tak de mcm diorg ni, org2 kafir besar kpala betul... tpi kesian gak kat org2 yg tak bersalah mati dlm kejadian tu...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register