BTC USD 28,171.7 Gold USD 1,939.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buruh warga Pakistan maut terjatuh dari mesin pembancuh simen.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
GEORGETOWN: Seorang buruh warga Pakistan maut selepas terjatuh dari mesin pembancuh simen di tapak pembinaan di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini, hari ini.

Mauzam Khan, 29, dikatakan terjatuh dari atas tangki mesin berkenaan yang dianggar setinggi 20 meter dan meninggal dunia di tempat kejadian pada 1.45 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin, berkata ketika kejadian lelaki itu sedang melakukan kerja membancuh simen sebelum dipercayai tergelincir dan terjatuh dari mesin berkenaan.

"Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut," katanya dalam kenyataan, di sini. - BERNAMA
 
Top
Log in Register