BTC USD 97,313.6 Gold USD 2,868.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buruh mabuk didakwa langgar budak sekolah

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,126
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,126
Reaction score
1,333
Points
201
Buruh mabuk didakwa langgar budak sekolah



PORT DICKSON – Seorang tukang pasang khemah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar murid sekolah di daerah ini, Khamis lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan susulan tertuduh, B Tangga Paandi, 28, tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dihadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi telah memandu di atas jalan raya itu dengan mempunyai sebegitu banyak alkohol dalam badan melebihi had yang ditetapkan sehingga menyebabkan kecederaan kepada murid lelaki berusia 11 tahun.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 7 pagi, di kilometer 1.2, Jalan Pantai, dekat Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD), di sini, 24 Oktober.

Berikutan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM30,000 hingga RM50,000.

Jika sabit kesalahan, lesen memandu akan diendorskan serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama maksimum tujuh tahun dan lesen memandu percubaan, jika ada, dibatalkan. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online

6123006850531180400_121.jpg

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register