Buruh hadapi 105 tuduhan rogol, liwat anak kandung

CG Sponsors

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
30,009
Reaction score
2,306
Points
191

BURUH dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas 105 pertuduhan rogol dan liwat anak kandungnya berusia 15 tahun, sejak Ogos lalu.

Lelaki berusia 46 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah, 11.15 pagi tadi, diiringi sepasukan pegawai dan anggota polis.

Difahamkan tertuduh bapa empat anak terbabit berdepan 104 pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana liwat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh terhadap anak sulungnya di kediamannya di Kuala Berang bermula 14 Ogos sehingga kali terakhir pada 26 November lalu.

Buruh hadapi 105 tuduhan rogol, liwat anak kandung

SEORANG buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini bagi menghadapi 104 pertuduhan merogol dan satu tuduhan meliwat anak kandungnya berusia 15 tahun, sejak Ogos lalu. - Foto Imran Makhzan

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini hari ini bagi menghadapi 104 pertuduhan merogol dan satu tuduhan meliwat anak kandungnya berusia 15 tahun, sejak Ogos lalu.

Lelaki berusia 46 tahun itu didakwa melakukan jenayah berkenaan ke atas anak sulungnya setiap hari bermula 14 Ogos hingga 26 November antara jam 12.01 hingga 12.30 tengah malam dan meliwat mangsa pada 26 November, antara jam 12.01 tengah malam hingga 4 pagi di rumahnya di Kuala Berang.

Dia menghadapi 104 pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta minimum 10 sebatan.

Satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 377C kanun sama kerana jenayah liwat yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.

Dilaporkan, mangsa tinggal dalam jagaan sementara bapa kandungnya itu sejak Mei lalu dan mendakwa dirogol setiap hari dari tarikh terbabit, namun takut menceritakan kejadian itu.

Perbuatan buruh itu hanya terbongkar apabila mangsa mengadu sakit dan dibawa oleh ibunya ke Hospital Kemaman sebelum menceritakan kejadian terbabit. Satu laporan polis dibuat pada 1 Disember lalu di Balai Polis Chukai, Kemaman.

Tertuduh dan ibu mangsa difahamkan sudah bercerai 11 tahun lalu dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak.

Pada prosiding semalam, lelaki berkenaan terpaksa berdiri hampir dua jam untuk mendengar semua 105 pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Dia yang tidak diwakili peguam, kemudian mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan, tetapi tidak dibenarkan diikat jamin. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Mahkamah menetapkan 15 Januari depan untuk sebutan kes.

Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,225
Reaction score
1,385
Points
206
Sabun kutip jangan jatuh
 
rahl

Active+ Member
Joined
Dec 1, 2010
Messages
3,503
Reaction score
14
Points
25
tembak je lah..macam ni perangai pun ada..
 
Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,077
Reaction score
544
Points
111
tak check urine ker..kot bahana pil kuda sampai jadi tak waras gini
 
Sponsored Post
Top
Log in Register