BTC USD 75,932.8 Gold USD 2,665.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Buruh edar dadah dipenjara 30 tahun, 12 sebatan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
55,538
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
55,538
Reaction score
6,541
Points
881
Awards
1
Buruh edar dadah dipenjara 30 tahun, 12 sebatan

Mohd Aduka, 40, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan di Mahkamah Tinggi hari ini kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 366.93 gram. - Foto NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY
KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 366.93 gram.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan selepas tertuduh, Mohd Aduka Muhamad, 40, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 366.93 gram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan di sebuah kampung di Pulau Kerengga, Marang, jam 9 malam pada 4 Mei 2021.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, tertuduh boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 4 Mei 2021.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah dan Mohd Khairuddin Idris, manakala tertuduh diwakili peguam Mazlan Md Zain.
 
Back
Top
Log in Register