BTC USD 17,096.1 Gold USD 1,798.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bursa Malaysia news

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1

Keadaan pasaran akan memberi peluang kepada pelabur untuk mengumpul saham pada paras yang menarik - Foto hiasan
Keadaan pasaran akan memberi peluang kepada pelabur untuk mengumpul saham pada paras yang menarik​





KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka menyaksikan dagangan berhati-hati dengan kecenderungan menaik minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran global, dengan indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak dalam julat 1,380-1,410 mata, kata seorang penganalisis.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, bursa tempatan kekal dalam kedudukan terlebih jual berikutan penjualan besar baru-baru ini sementara pelabur mencari petunjuk bagi hala tuju ke hadapan.

Beliau berkata, keadaan pasaran akan memberi peluang kepada pelabur untuk mengumpul saham pada paras yang menarik memandangkan penilaian mereka (pelabur) yang lebih murah pada minggu sebelumnya.

"Kami meramalkan sentimen berhati-hati akan kekal minggu depan walaupun pemulihan kukuh dijangkakan dalam pasaran global, dengan kegiatan memburu saham berharga murah diramal bermula dalam tempoh terdekat.

"Dari segi teknikal, kita akan melihat rintangan serta-merta pada 1,400 manakala sokongan pada 1,370 untuk minggu depan," katanya kepada Bernama.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 23.53 mata kepada 1,382.47 daripada 1,406.00 minggu sebelumnya, terutamanya disebabkan tekanan jualan berterusan dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 192.47 mata kepada 9,858.32, FBM 70 turun 347.17 mata kepada 11,904.70, dan Indeks FBMT 100 lemah 191.08 mata menjadi 9,607.46.

Indeks FBM Emas Syariah pula menguncup 216.51 mata kepada 9,854.79 manakala FBM ACE merosot 56.87 mata kepada 4,652.10.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kerugian 198.73 mata menjadi 15,873.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 4.17 mata kepada 169.88, Indeks Perladangan jatuh 45.45 mata kepada 6,421.87 dan Indeks Tenaga turun 28.50 mata kepada 668.69.

Untuk minggu dagangan yang lebih pendek berikutan cuti umum, jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 8.48 bilion unit bernilai RM6.87 bilion daripada 11.10 bilion unit bernilai RM7.65 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama lebih rendah untuk mencatatkan sebanyak 5.38 bilion saham bernilai RM6.03 bilion berbanding 6.56 bilion saham bernilai RM6.46 bilion minggu lalu.

Sementara itu, jumlah waran meningkat kepada 1.33 bilion unit bernilai RM195.11 juta berbanding 1.01 bilion unit bernilai RM178.26 juta minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun menjadi 1.77 bilion saham bernilai RM639.07 juta daripada 3.52 bilion saham bernilai RM1 bilion minggu sebelumnya
 
Sponsored Post

jaws_am

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
23,112
Joined
May 29, 2008
Messages
23,112
Reaction score
10,063
Points
631
Awards
1
lagi 2 tahun++ nak pulih..
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan pembelian berterusan di kaunter penjagaan kesihatan dan utiliti terpilih yang meletakkan indeks petunjuk pasaran di wilayah positif, seiring dengan pasaran serantau berikutan pelabur kekal berhati-hati mengenai prospek ekonomi.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.80 mata kepada 1,386.27 daripada 1,382.47 ketika ditutup Jumaat.

Indeks barometer itu dibuka 1.03 mata lebih tinggi kepada 1,383.50, seterusnya merosot pada paras rendah 1,376.68 sebelum meraih momentum aliran meningkat sepanjang tengah hari kepada paras tertinggi harian 1,389.21.

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 443 berbanding 363, manakala 394 kaunter tidak berubah, 1,145 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.98 bilion unit bernilai RM1.49 bilion berbanding 2.25 bilion unit bernilai RM1.76 bilion pada Jumaat.

IHH Healthcare dan Tenaga Nasional adalah penyumbang utama kepada peningkatan FBM KLCI dengan gabungan 3.63 mata, masing-masing pada 14 sen dan 16 sen untuk ditutup kepada RM5.86 dan RM8.19.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata petunjuk pasaran ditutup tinggi berikutan pelabur terus mencari saham berharga rendah berikutan jualan besar-besaran baru-baru ini.

"Indeks utama serantau dalam aliran bercampur-campur berikutan pelabur bimbang mengenai pengetatan mendadak selanjutnya di pasaran kewangan global serta semua risiko berkenaan kemelesetan yang ditimbulkan.

"Dalam pada itu, Presiden China Xi Jinping pada Ahad berkata, Beijing akan meningkatkan perbelanjaan dan rangsangan untuk membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi, yang berpotensi mendorong import minyak mentah yang terjejas akibat kelembapan disebabkan gangguan COVID-19," katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Pak Leng berpendapat belian semasa harga rendah mungkin berlanjutan berikutan indeks petunjuk pasaran yang kekal dalam keadaan terlebih jual.

"Selain itu, sebilangan pelabur dijangka memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI dalam jajaran 1,380-1,400 pada minggu ini. Dari sudut teknikal, kita mungkin dapat menyaksikan paras rintangan serta-merta pada 1,400, manakala paras sokongan pada 1,370," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 7.0 sen kepada RM8.52, Hong Leong Bank menokok 10 sen kepada RM20.60, Petronas Chemicals turun 5.0 sen kepada RM8.50, manakala Public Bank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM4.20 dan RM5.30.

Daripada saham aktif, Sunview yang baru disenaraikan di Pasaran ACE meraih 17 sen kepada 46 sen, Top Glove meningkat 5.0 sen kepada 74 sen, Careplus naik 9.5 sen kepada 41.5 sen dan Supermax bertambah 8.0 sen kepada 90.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.74 mata kepada 9,864.06, FBM 70 turun 72.16 mata kepada 11,832.54 dan Indeks FBMT 100 meraih 6.37 mata kepada 9,613.83.

Indeks FBM Emas Syariah susut 1.65 mata kepada 9,853.14 dan FBM ACE menokok 29.67 mata kepada 4,681.77.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 42.42 mata kepada 15,915.90, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.33 mata kepada 169.55, Indeks Perladangan menguncup 16.41 mata kepada 6,405.46, manakala Indeks Tenaga berkurangan 3.65 mata kepada 665.04.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.16 bilion saham bernilai RM1.22 bilion daripada 1.41 bilion saham bernilai RM1.53 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran susut kepada 269.20 juta unit bernilai RM44.36 juta berbanding 382.09 juta unit bernilai RM53.67 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula meningkat kepada 546.11 juta saham bernilai RM219.47 juta berbanding 465.02 juta saham bernilai RM173.42 juta pada Jumaat.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 156.42 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (296.55 juta), pembinaan (45.81 juta), teknologi (93.89 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (48.72 juta), hartanah (74.89 juta), perladangan (14.69 juta), REIT (6.14 juta), dana tertutup (500), tenaga (87.22 juta), penjagaan kesihatan (277.01 juta), telekomunikasi dan media (22.63 juta), pengangkutan dan logistik (22.24 juta) dan utiliti (12.60 juta).
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya bagi hari dagangan keempat berturut-turut dengan indeks utama meningkat 1.05 peratus, mendapat rangsangan daripada belian dalam saham perbankan.

Public Bank dan CIMB melonjak 14 sen setiap satu masing-masing kepada RM4.34 dan RM5.39. Kedua-dua kaunter itu menyumbang gabungan 7.05 mata kepada indeks petunjuk pasaran.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 14.74 mata untuk ditutup tinggi kepada 1,415.10 daripada paras penutup 1,400.36 pada Selasa.

FBM KLCI dibuka tinggi naik 2.32 mata kepada 1,402.68, namun kemudiannya mencatatkan paras terendah intra hari pada 1,400.28, sebelum meningkat semula untuk ditutup tinggi pada hari ini.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung naik sedikit mengatasi kaunter rugi sebanyak 437 berbanding 426, manakala 382 kaunter tidak berubah, 1,117 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.23 bilion unit bernilai RM1.72 bilion daripada 2.40 bilion unit bernilai RM1.71 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pasaran tempatan optimis dalam berhati-hati memandangkan sentimen yang meningkat di pasaran serantau tetapi pelabur akan terus berwaspada disebabkan peningkatan kemeruapan pasaran.

"Kami percaya FBM KLCI akan meneruskan aliran meningkatnya kerana penilaian masih kekal rendah dan menaikkan sasaran kami bagi minggu ini kepada jajaran 1,400-1,430. Paras ketahanan segera dilihat pada 1,430 manakala paras sokongan pada 1,400," katanya.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM8.55, Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM8.63, IHH Healthcare menokok 13 sen kepada RM6.10 manakala TNB turun enam sen kepada RM8.14.

Dalam kalangan kaunter cergas, UEM Sunrise menokok satu sen kepada 20 sen, Bintai Kinden meningkat setengah sen kepada 9.5 sen, Top Glove turun 1.5 sen kepada 72.5 sen, Hiap Huat susut tiga sen kepada 13 sen, Careplus berkurangan dua sen kepada 40.5 sen dan Eduspec jatuh setengah sen kepada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat sebanyak 69.07 mata kepada 10,043.97, FBM 70 berkurangan 48.53 mata kepada 11,957.62 dan Indeks FBMT 100 menokok sebanyak 68.97 mata kepada 9,790.72.

Indeks FBM Emas Shariah naik 10.16 mata kepada 10,044.94 dan FBM ACE susut 28.22 mata kepada 4,724.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 284.65 mata kepada 16,177.98, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.59 mata kepada 172.45, Indeks Perladangan menambah 61.45 mata kepada 6,678.12, manakala Indeks Tenaga jatuh 7.33 mata kepada 663.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.38 bilion saham bernilai RM1.49 bilion daripada 1.47 bilion saham bernilai RM1.40 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran turun kepada 292.83 juta unit bernilai RM48.01 juta daripada 300.37 juta unit bernilai RM47.67 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 561.51 juta saham bernilai RM175.52 juta daripada 633.53 juta saham bernilai RM260.03 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 170.80 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (364.16 juta), pembinaan (41.35 juta), teknologi (170.40 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (67.95 juta), hartanah (177.52 juta), perladangan (46.47 juta), REITs (7.08 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (88.62 juta), penjagaan kesihatan (186.75 juta), telekomunikasi dan media (21.06 juta), pengangkutan dan logistik (25.62 juta) dan utiliti (11.79 juta).
 

stonz

Super Active Member
Messages
5,818
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
5,818
Reaction score
479
Points
91
boleh baca ja la....
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan penyenaraian dan sebut harga bagi 3.96 bilion saham biasa baharu dalam Digi.com Bhd untuk diterbitkan di bawah cadangan penggabungan dengan Celcom Axiata Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Digi menjelaskan mesti terlebih dahulu mematuhi sepenuhnya peruntukan yang relevan di bawah syarat-syarat penyenaraian berkaitan dengan pelaksanaan cadangan penggabungan itu.

"Digi mesti mematuhi kehendak tebaran pemegangan saham awam menurut Perenggan 8.02 Syarat-syarat Penyenaraian semasa penyenaraian dan sebut harga bagi saham baharu Digi yang akan diterbitkan mengikut cadangan penggabungan itu," jelasnya.

Pada April 2021, Axiata menjelaskan sebagai sebahagian daripada transaksi penggabungan, syarikat akan menerima saham yang baru diterbitkan dalam Digi, mewakili 33.1 peratus pegangan saham pascaurus niaga dan amaun penyamaan tunai kira-kira RM2 bilion, yang mana RM1.7 bilion adalah daripada Digi sebagai hutang baharu manakala baki RM300 juta akan diperoleh daripada Telenor.

Menurut Axiata, entiti penggabungan akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia, dan dijangka meningkatkan mudah tunai dan profil bursa sebagai satu daripada syarikat teknologi terbesar di Malaysia dan adalah antara syarikat pemodalan pasaran terbesar di bursa itu.

Entiti penggabungan itu akan dianggap sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Malaysia dari segi nilai, perolehan dan keuntungan; dengan perolehan proforma kira-kira RM12.4 bilion, pendapatan prasinergi sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) entiti gabungan itu adalah kira-kira RM5.7 bilion dan dianggarkan merekodkan 19 juta pelanggan, tambah Axiata
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, disokong oleh harga minyak yang lebih kukuh dan aktiviti memburu saham berharga murah, kata peniaga.

Selain itu, pelabur turut menantikan keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijadualkan lewat hari ini serta mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu dan Khamis minggu ini.

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.50 mata kepada 1,450.42 daripada 1,445.92 penutup Selasa.

Indeks utama dibuka pada paras 1,450.98, meningkat 5.06 mata pagi ini.

Pergerakan harga di pasaran positif, menyaksikan saham untung mengatasi saham rugi dengan 120 berbalas 103 manakala 191 kaunter tidak berubah, 1,904 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 93.89 juta unit bernilai RM45.59 juta.

Wall Street ditutup rendah berikutan pengeluaran data pekerjaan AS yang lebih baik daripada jangkaan dan ini telah menjejaskan harapan untuk membolehkan Rizab Persekutuan melonggarkan pendiriannya terhadap kenaikan kadar.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) susut 0.24 peratus untuk ditutup pada 32,653.20, manakala S&P500 turun 0.41 peratus menjadi 3,856.10 dan Komposit Nasdaq lemah 0.89 peratus kepada 10,890.85.

Justeru, menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, DJIA kehilangan 80 mata selepas pembukaan kukuh, manakala Nasdaq merosot 97 mata kerana hasil 10 tahun AS kekal pada paras 4.05 peratus.

Di pasaran tempatan, FBM KLCI telah kerugian 20 mata sepanjang dua hari dagangan dan firma pembrokeran itu menjangkakan kemunculan beberapa aktiviti memburu saham murah walaupun sentimen pasaran masih berhati-hati.

"Untuk hari ini, kami mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,440-1,455 dengan minat belian tertumpu pada saham perladangan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Ia menambah, minyak sawit mentah melonjak melepasi paras RM4,200 satu tan apabila Indonesia menaikkan harga rujukan eksportnya manakala minyak mentah Brent meningkat kepada hampir AS$95 setong disebabkan paras inventori yang lebih rendah.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Sime Darby Plantation naik 2.0 sen setiap satu kepada RM8.56 dan RM4.35.

Kedua-dua Public Bank dan MISC tidak berubah pada RM4.41 dan RM7.20, manakala Hong Leong Bank turun 6.0 sen kepada RM20.82.

Antara saham aktif pula, Shin Yang Shipping turun 2.0 sen untuk mencatatkan paras 87 sen, KNM menambah setengah sen menjadi 4.5 sen, dan Hibiscus menokok 1.5 sen kepada RM1.01, sementara SNS Network dan MNC Wireless tidak berubah pada 23.5 sen dan 1.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 26.52 mata kepada 10,293.65, FBM 70 memperoleh 16.61 mata kepada 12,225.19 dan Indeks FBMT 100 meningkat sebanyak 27.05 mata menjadi 10,029.17.

Indeks FBM Emas Syariah pula mengukuh 27.03 mata kepada 10,362.73 dan FBM ACE naik 0.10 mata menjadi 4,878.12.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga 3.32 mata lebih tinggi untuk merekodkan paras 698.82, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 29.49 mata kepada 16,341.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.76 mata kepada 175.43, dan Indeks Perladangan, Indeks Perladangan peroleh 30.21 mata menjadi 6,823.14.
 

stonz

Super Active Member
Messages
5,818
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
5,818
Reaction score
479
Points
91
boleh baca je la.. tapi tak paham sangat
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,582
Points
251
Awards
1

Pengambilan untung selepas lonjakan, Bursa Malaysia rendah sesi pagi​



KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia rendah sedikit pagi ini apabila kegiatan pengambilan untung muncul berikutan kenaikan kukuh semalam, dengan jualan sederhana dilihat pada saham mewah diterajui oleh Axiata dan Maxis.

Namun begitu, pergerakan harga di pasaran secara keseluruhannya kekal positif.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.26 mata kepada 1,501.62 daripada 1,501.88 pada Khamis.

Pasaran dibuka pada paras 1,501.7, turun 0.18 mata.

Terdapat 219 kaunter untung dan 202 rugi di pasaran manakala 308 kaunter tidak berubah, 1,534 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 740.72 juta unit bernilai RM220.09 juta.

FBM KLCI meningkat 4.04 peratus semalam, sebahagiannya didorong oleh pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, aktiviti pembelian dijangka berterusan kerana dana asing kemungkinan muncul dan ini menyaksikan indeks diniagakan antara julat 1,510 hingga 1,530 hari ini.

"Walaupun kami menjangka pembelian akan meluas, kami beranggapan fokus akan lebih kepada saham-saham bank dan syarikat telekomunikasi manakala saham teknologi akan turut cergas di tengah-tengah kenaikan kadar faedah yang kurang agresif di Amerika Syarikat," katanya.

Rakuten telah mengekalkan sasaran FBM KLCI akhir tahunnya pada 1,580 buat masa ini.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata berikutan keputusan muktamad Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pelabur asing telah bertukar menjadi pembeli bersih, menghentikan aliran keluar enam hari berturut-turut dan ini sekali gus telah melonjakkan ringgit.

"Kami percaya bursa tempatan akan terus meningkat memandangkan keyakinan pelabur juga telah semakin kukuh.

"Selepas PRU15 ini, kami menjangka menyaksikan minat belian secara meluas untuk syarikat berkaitan kerajaan, manakala peniaga boleh memberi tumpuan kepada segmen pembinaan dan bahan binaan menjelang pembentangan semula Bajet 2023," katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM8.82, Public Bank menambah lapan sen menjadi RM4.60, Petronas Chemicals meningkat tujuh sen kepada RM9.13 dan CIMB menokok dua sen kepada RM5.89.

Sementara itu, IHH Healthcare susut satu sen kepada RM5.99 dan Tenaga kerugian lapan sen kepada RM8.83.

Bagi saham aktif, MMAG dan Malayan United masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan 12 sen, Advance Synergy susut 1.5 sen kepada 24.5 sen, Infomina menokok 1.5 sen kepada 55 sen manakala Icon Offshore menambah satu sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.97 mata kepada 10,676.55, Indeks FBMT 100 naik 2.3 mata menjadi 10,395.12, FBM ACE peroleh 12.1 mata kepada 5,223.2, dan FBM 70 meraih 19.44 mata untuk mencatatkan 12,719.27.

Indeks FBM Emas Syariah bagaimanapun menguncup 35.09 mata kepada 10,769.74.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 117.95 mata kepada 16,884.84 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.07 mata menjadi 186.08, manakala Indeks Perladangan susut 19.92 mata kepada 6,825.14 dan Indeks Tenaga berkurangan 2.66 mata kepada 761.43. –
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register