BTC USD 117,905 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunyi Helikopter Aktor Jason Statham Buat Jiran Geram

kakigossip

Fun Poster
Messages
763
Joined
Apr 21, 2011
Messages
763
Reaction score
26
Points
20
astro_gempak_statham_heli.jpg


Pasangan selebriti dunia, Jason Statham dan Rosie Huntington-Whiteley berdepan krisis dengan jiran tetangga apabila ramai dalam kalangan mereka tidak berpuas hati dengan bunyi ‘kenderaan’ yang digunakan mereka.

Statham dan kekasihnya yang merupakan seorang model menimbulkan kemarahan di kejiranan di Selatan London selepas helikopter milik mereka membuat pendaratan di sebuah padang di kawasan kediaman beberapa kali.

Aktor yang terkenal dengan aksi lasak itu didakwa sering terbang dengan helikopter miliknya bersama tunang berusia 38 tahun serta dua anaknya.

Bagaimanapun jiran berasa terganggu kerana helikopter aktor berusia 57 tahun itu sangat bising sehingga bukan sahaja menakutkan penduduk tetapi juga haiwan peliharaan, lapor The Sun.

“Walaupun juruterbang meminta maaf kerana pendaratan yang dilakukan di padang menakutkan kami atau bunyi terlalu bising namun ia masih tidak sesuai.

“Kanak-kanak mahu ke sekolah menggunakan laluan tersebut. Binatang seperti kuda ketakutan. Dan bukan sekali mereka melakukan pendaratan helikopter di tempat awam,” dakwa seorang jiran.

Ada jiran mendakwa kerana ingin mengelakkan bunyi bising maka mereka memilih kawasan kejiranan yang lebih tenteram. Namun kini terganggu dengan bunyi bising helikopter milik aktor itu.

==============================

Haha, artis2 ni mmg suka2 je buat apa dorang nak, tak peduli orang lain. IG dorang mesti dipenuhi gambar holiday sana sini, terbang naik heli mcm tu je kan? Kesianlah jiran2... 😂

 
Back
Top
Log in Register