BTC USD 27,689.6 Gold USD 1,977.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bunuh warga Nepal: Penganggur serah diri

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
KULIM 14 Okt. - Seorang penganggur yang dikehendaki untuk membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang pekerja kilang warga Nepal kerana mengesyaki lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan ibunya di Taman Bersatu, di sini, semalam. telah tampil menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdullah Arshad berkata, remaja yang merupakan warga tempatan berusia 18 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Kuala Kubu Baharu, Selangor, pada pukul 1 pagi ini.

Beliau berkata, berikutan itu, remaja tersebut direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes.

"Polis juga masih mengesan rakannya yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian tersebut. Pada masa sama, polis akan merekodkan keterangan beberapa saksi termasuk ibu kepada remaja itu," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 4 pagi di sebuah rumah, mangsa, Kamal Singh, 27, yang merupakan warga Nepal mati akibat kecederaan parah setelah ditikam dengan sebilah pisau.

Difahamkan, sebelum itu, mangsa dikatakan memasuki rumah seorang wanita berusia 40-an pada lewat malam sebelum disedari suspek yang kemudian memanggil beberapa rakannya untuk mengusir lelaki berkenaan.

Berlaku pertengkaran sehingga mangsa ditikam. Semasa kejadian, bapa tiri kepada suspek yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah berkenaan.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah...rga-Nepal-Penganggur-serah-diri#ixzz3GA2EgoY6
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register